25 Jun 2012

6 Sebab Seks Perlu Lebih Dihayati


Kesibukan dengan kerja dan menguruskan rumah tangga membuatkan ramai para isteri hari ini tidur dalam keadaan kepenatan. Faktor yang sama juga membuatkan ramai antara wanita ini yang cuba mengelak melakukan hubungan intim.

Antara taktiknya, buat-buat tidur atau masuk tidur lebih awal daripada suami. Jangan diteruskan sebegini. Anda seharusnya tidak patut menolak suatu perkara yang mendatangkan banyak manfaat bukan saja pada diri anda tapi suami anda juga.

Harus diketahui hubungan seksual mencetuskan banyak keistimewaan yang tersirat. Tidak mustahil, setelah mengetahuinya pasangan terasa ingin selalu bersama. Berasmara dan hayati setiap detik penuh makna.




1. Beri Ketenangan Jiwa Dan Minda
Antara percaya dengan tidak, hubungan seksual yang berlangsung secara normal mampu memberikan ketenangan dan kelancaran dalam rumah tangga. Secara tidak langsung, ia memberikan lebih kekuatan dan keyakinan dalam diri suami mahupun isteri untuk menghadapi kehidupan yang serba mencabar dewasa ini.

Selain kesan dari sudut psikologi, hubungan intim juga dikatakan berupaya mengurangkan risiko serangan penyakit jantung dan angin ahmar. Menarik bukan.

2. Lebih Aktif Dan Sihat
Suami ataupun isteri yang kerap melakukan hubungan seks dikategorikan sebagai pasangan yang aktif fizikal. Ini kerana, setiap pergerakan dan pernafasan sewaktu berhubungan memberi kesan senaman, secara tidak langsung membakar kalori dalam badan.
Sebab itulah individu yang mempunyai kandungan kalori yang rendah dilihat lebih aktif dan sihat berbanding individu yang terlebih kalori.

3. Sistem Tubuh Isteri Lebih Teratur
Seronoknya mendengar fakta-fakta menarik untuk melakukan hubungan seksual. Rupa-rupanya banyak faedah yang mana salah satu darinya ialah menjadikan isteri lebih sihat. Sebenarnya, aktiviti seks berupaya membantu perjalanan sistem tubuh wanita untuk jalani peredaran haid yang normal dan sempurna. Jadi, mitos-mitos negatif yang mengatakan hubungan seksual menyakitkan disangkal terus setelah mengetahui kebenarannya di sini.




4. Kesan Awet Muda
Sememangnya wanita sinonim dikaitkan dengan kecantikan. Maka tidak hairanlah apabila golongan ini sanggup berhabis duit untuk kekal cantik dan awet muda. Ada bermacam cara selain mengamalkan pola pemakanan, gaya hidup serta produk-produk kecantikan yang berlambak di pasaran.

Salah satu yang paling mudah untuk awet muda adalah dengan melakukan hubungan seksual. Dikatakan, suami isteri yang kerap bersama memberi kesan awet muda. Relevannya, hubungan seks mencetuskan keseronokan dan kegembiraan. Kesan dari itu mereka akan sentiasa tersenyum dan positif hingga kelihatan awet muda.

5. Elak Kanser Prostat
Berita gembira untuk para suami di luar sana. Hubungan seks yang dilakukan secara kerap membantu mengelakkan mereka dari terkena kanser prostat. Bagaimanapun, ini hanyalah satu dari berpuluh punca yang mendorong terjadinya penyakit tersebut.

6. Ganjaran Pahala
Keinginan seksual adalah fitrah setiap manusia. Disebabkan itulah kita wajib berkahwin untuk merasai nikmat keseronokan bersama selain menambah bilangan umat Muhammad di dunia.
Hubungan halal yang dituntut dalam Islam merupakan satu ibadah dan sekiranya suami mahupun isteri peka pada ganjaran yang diberi oleh Allah S.W.T tentu masing-masing tidak cukup masa untuk lakukannya.

sumber;mingguanwanita

2 ulasan:

Bobo berkata...

byk juga kelebihannya.. dah kawin nnt boleh praktikan selalu :)

Ardini Humaira berkata...

InsyaAllah.. :)