21 Mei 2011

Tip-tip kebahagiaan suami-isteri berusia 1400 thn.



Pesanan ini di sampaikan oleh Umamah, isteri kepada Auf bin muhallim Ashaibani kepada anak perempuannya Umm Iyas  ketika anak perempuannya berada di dalam bilik dan bersedia di bawa menemui bakal suaminya pemerintah Kandah bernama Al Haris bin Amr..

v     Kita saling perlu memerlukan. Tidak ada yg di cipta untuk hidup sendiri. Perempuan dicipta bagi melengkapi lelaki. Begitu juga sebaliknya.

v     Merendah diri kepada suami dan lelaki akan rela hati merendah diri kepada isteri.

v     Memberi khidmat sebagai isteri dengan hati yg lapang.

v     Taat kepada perintah yang baik daripada suami. Sikap membangkang perintah yang baik mudah melukakan hatinya.

v     Hormati perasaan dengan melihat suasana emosinya. Sedih dalam dirinya maka sedihlah kita, gembira hatinya maka bergembiralah bersamanya. Rasa hati kita pada keadaan yg di laluinya kelak memberi hormat dan kemuliaan kepada diri kembali.

v     Dua waktu yg perlu dijaga , iaitu waktu tidur dan waktu makan. Marah mudah timbul jika lapar dan tidur yg enak di ganggu.

v     Menjaga harta, yakni apa yg di amanahkan oleh suami kepada isteri. Menjaga harta juga di ertikan mengurus belanja rumah tangga dengan berhemah dan jelas ke mana wang di belanjakan.

v     Menjaga hubungan keluarga dengan mengurus hubungan yang baik dan memelihara maruah keluarga.

v     Mudah bersetuju dalam perkara yg memberi kebaikan kepada hidup pasangan. Maka suami mudah bersetuju dan mendalam kasihnya kepada pasangan.

v     Allah memberkati kehidupan jika kita mendahulukan pasangan dalam apa jua hal.

v     Memberi ruang kepada dirinya lebih daripada diri sendiri adalah pengorbanan yg pasti berbalas. Balasan yang jauh lebih baik daripada yg kita jangkakan.

v     Melihat apa yg dilihat suami. Berikan keindahan akhlak dan penampilan yang membahagiakan hati dan cantik daripada pandangan suami.

v     Elakkan pandangan suami daripada melihat apa yg dilihat buruk mengenai diri kita.

v     Jadikan haruman dirimu sebagai haruman yg memikat kalbu suami. Bau-bauan harum istimewa buat suami. Bau-bauan yg terus mencetus ingatan suami kepada isteri.

v     Rahsia suami adalah rahsia diri. Selagi rahsia suami tetap terjaga, selagi itu kepercayaan suami pada isteri tidak berbelah bagi. Tidak ada curiga dalam hatinya.
  
Kesimpulan pesanan-pesanan yg berusia lebih 1400 tahun ini yg dianggap evergreen dan formula sukses kebahagiaan dtg daripada pengalaman-pengalaman ibu yg menjalani hidup sebagai isteri kepada suami.

sumber: Buku 'Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah'
Zamri mohamad & Imran Yusof

Tiada ulasan: