02 Mei 2011

Perhentian bas keluar bunyi batuk

SEBUAH perhentian bas yang mengeluarkan bunyi batuk di Britain.

Pihak berkuasa kesihatan Britain akan membina perhentian bas baru yang mengeluarkan bunyi batuk berkahak perokok apabila orang ramai mendekatinya, lapor sebuah akhbar semalam.Perhentian bas itu yang menelan belanja £1,200 sebuah (RM5,939), dilengkapi cip sensor yang dapat mengesan kehadiran manusia seterusnya mengeluarkan bunyi manusia sedang batuk.
Setakat ini, sebanyak 15 buah kemudahan itu telah dibina dalam fasa percubaan di seluruh Britain, terutamanya di kawasan yang banyak mencatatkan kes kanser paru-paru.Pembinaannya merupakan sebahagian kempen antimerokok di negara itu bagi menggalakkan perokok yang mengalami batuk berpanjangan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Tempat perhentian bas unik ini merupakan kempen iklan kesihatan baru yang dapat menarik perhatian orang ramai," kata seorang pegawai kesihatan, Dr. Phil Sawyer. 
sumber:Kosmo
***kalau perhentian bas macam ni ada kat negara kita bagus juga kan..baru takut sikit org yg merokok 2 hehe..

3 ulasan:

Elih Japahar berkata...

Gud idea..tak ada faedahnya merokok ni, habiskan duit je!

cik gelong berkata...

org malaysia kompom x takut.. silap2 g merokok lg kt situ...
gpon, krajaan skrg kn dah xda duit?? menteri2 suma sebok nk bela perot sendiri...

fazRina berkata...

sik gelong: No komen...(x masuk campo hal 2) hehe

Elih: btl 2..