15 Mei 2011

Tip Rambut Kekal Sihat & Indah



Jika ditanya mana- mana wanita, pasti tiada yang ingin kelihatan tua biarpun sudah berkahwin dan memiliki anak. Sebab itulah pelbagai produk serta rawatan kecantikan diwujudkan bagi memenuhi permintaan wanita yang ingin tampil cantik dan awet muda.

Selain kulit wajah dan tubuh, rambut juga tidak kurang pentingnya. Rambut sihat dan indah dapat dimiliki dengan perawatan yang betul. Pun begitu, merawat dan menjaga rambut agar tetap indah tidak hanya dengan rajin bersyampu atau menggunakan perapi semata-mata. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya termasuklah dari segi pemakanan. Setiap sel rambut yang tumbuh bergantung pada apa yang kita makan. Jika makanan yang diambil tidak cukup nutrisi, maka sel-sel rambut pun akan rosak.

Selain pemakanan, penggunaan peralatan untuk rambut juga perlu dititikberatkan. Sebagai contoh, sebelum mencuci rambut, sikatlah rambut bagi menghilangkan kekusutan dan kekotoran. Penggunaan sikat yang lembut membantu mengurangkan kerosakan pada rambut. Namun, jangan terlalu lama menyikat rambut kerana ia akan menyebabkan rambut mudah rosak. Menyikat dengan teknik menunduk juga dapat merosakkan rambut. Ini kerana teknik tersebut akan menyebabkan rambut menyimpul dan susah untuk diuraikan.

Selain menitikberatkan soal penjagaan rambut, pengetahuan mengenai jenis rambut dan masalah yang dihadapi juga antara kaedah terbaik yang boleh membantu memelihara keindahan rambut. Sebagai contoh, rambut mengembang berlaku disebabkan oleh udara yang panas dan lembap. Justeru, bagi menjaga rambut supaya sentiasa dalam keadaan lembap harus dititikberatkan.

Sentiasa Lembap
Pastikan anda memilih syampu dan perapi yang mengandungi pelembap. Cucilah dengan cara yang betul supaya rambut tidak berminyak. Hindari mencuci rambut setiap hari, memadai bersyampu dua atau tiga hari sekali. Minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala mampu menjaga agar rambut kekal lembap dan menghindari kekusutan.


Keringkan Rambut Dengan Cara Yang Betul
Untuk menjaga supaya rambut jenis ikal mahupun kerinting secara semula jadi, aplikasikan styling lotion pada rambut yang masih lembap setelah bersyampu dan biarkan sehingga kering.Hindari menyentuh rambut anda kerana ia akan menyebabkan rambut mudah mengembang. Jika anda ingin membuat rambut nampak lurus, ketika mengeringkan rambut, halakan muncung pengering rambut ke bahagian hujung rambut. Jangan menghalakannya ke atas kerana akan menyebabkan rambut mengembang.


Sapu Minyak Jika Perlu
Sapuan minyak membantu mengatasi masalah rambut kusut. Antara minyak rawatan rambut yang boleh anda gunakan termasuklah minyak jojoba iaitu dua kali seminggu. Ambil kira-kira satu sudu makan minyak jojoba dan sapukan pada rambut yang kering dengan tangan. Lalu sikat perlahan-lahan rambut dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci seperti biasa.


Potong Rambut Ikut Kesesuaian
Hindari membuat layer terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan rambut nampak pendek dan tidak rapi. Jika rambut anda ikal atau keriting selain nampak semakin mengembang.


1 ulasan:

Ardini Humaira berkata...

ehe jom jaga rambut leklok.. :D