PERKARA asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna bersesuaian dengan kulit.
Bagi mereka yang berkulit cerah tentu tiada masalah, tetapi bagaimana individu yang memiliki kulit gelap?
Adakah mereka boleh mengenakan pakaian daripada sebarang warna?
Terdapat pelbagai saranan mengenai pemilihan warna pakaian, antara yang boleh diikuti ialah:
- Jangan menggunakan pakaian lebih daripada tiga warna kerana ia adalah peraturan yang penting. Warna yang terlalu banyak akan menyebabkan penampilan anda tenggelam.
- Kenakan warna yang tepat dengan kulit anda. Jika anda berkulit cerah jangan sesekali mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, kuning atau merah jambu. Warna sesuai akan membuat anda kelihatan menggoda dan lebih tenang. Sebaliknya pilih rona putih, coklat, biru terang dan krim.
gambar hiasan |
- Jika anda berkulit gelap, warna tanah yang lembut adalah pilihan tepat. Elakkan rona gelap seperti coklat gelap, hitam, merah gelap, biru tua dan hijau daun.
- Jangan mengenakan celana dengan warna terang seperti merah, kuning atau jingga. Sebaliknya pilih warna semula jadi atau gelap. Elakkan juga memadankan warna kelabu dengan warna terang seperti kuning atau merah kerana ini kombinasi yang tidak sesuai.
- Sesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna terang untuk acara kasual.
- Pastikan anda mengenakan tali pinggang dengan warna yang sama dengan kasut. Jika kasut anda berwarna hitam, sebaiknya pilih tali pinggang daripada rona yang sama. Jangan lupa: Sesuaikan warna dengan karakter anda. Sekiranya anda ingin menyerlahkan gaya feminin, pilih pakaian daripada warna pastel.
Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian ramai, pilih pakaian daripada rona terang. Jangan sesekali: Menggunakan warna pakaian terlalu kontra dengan kulit. Contohnya, anda berkulit hitam dan mengenakan pakaian berwarna merah jambu terang atau merah.
Penampilan anda akan kelihatan berat sebelah. Selain itu, anda juga tidak digalakkan memakai perhiasan yang warnanya tidak senada dengan warna baju yang dipakai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan