16 Jun 2011

Khasiat organik epal



RAMAI kalangan rakyat negara kita menghadapi masalah perut buncit dan obesiti. Penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut harus dicari sebelum ia menjadi bertambah serius. Seseorang yang obes akan berhadapan dengan masalah ketidakseimbangan tubuh badan. Kaki dan lutut menjadi sakit kerana berat gara-gara mahu menampung badan yang berat selain risiko penyakit jantung, kencing manis dan cepat letih.

Penyakit tersebut salah satunya disebabkan lemak berlebihan yang tidak terbuang sehingga menyaluti bahagian yang penting dalam badan. Baik lelaki atau wanita, salah satu bahagian badan yang menjadi perhatian adalah perut. Perut yang tidak 'dijaga' bukan sahaja memberi kesan besar terhadap penampilan bahkan menggambarkan tahap kesihatan seseorang.Gabungan organik epal menerusi fiber kolagen dan stem sel dikatakan membantu pembuangan lemak berlebihan tanpa cirit birit.

Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi. Ia boleh bergabung dengan kolestrol dan membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan, mengawal paras glukos darah, menghalang naik turun glukos secara tiba-tiba, mengekalkan tekanan darah yang normal, mengelak sembelit, membuang toksin dari kolon dan menyelesaikan ketidakselesaan reumatik dengan meneutral asid kristal.

Setiap individu memerlukan 25 hingga 30 gram fiber sehari untuk membantu detoksifikasi dalam badan.Serat larut ini juga membantu mengurangkan lemak berlebihan iaitu kolestrol dalam badan.Bagaimanapun ramai yang tidak menyedari bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mengambil jumlah serat yang diperlukan setiap hari sebelum lemak diserap ke dalam badan.

Fiber epal juga bertindak membuang toksin daripada dalam kolon dan mengawal fungsi usus serta dapat mengelakkan daripada sembelit.Kajian menunjukkan stem sel epal pula meningkatkan pertumbuhan sel badan, melindungi sel daripada tekanan dan mengurangkan kulit berkedut.
Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.




Tiada ulasan: