Sesetengah wanita menganggap dengan hanya mencuci wajah, memakai pelembap dan penyegar sudah memadai dalam mengekalkan kecantikan kulit. Akan tetapi ia sebenarnya bukan semudah yang disangka. Ada rutin lain yang perlu dilakukan agar kulit wajah bukan saja cantik tapi sihat.
1. Urutan wajah
Untuk permulaan, sebelum mencuci wajah, urut terlebih dahulu bagi tujuan melonggarkan urat- urat yang tegang di sekitar wajah dan kulit kepala. Urutan juga mampu melancarkan peredaran darah dan masa yang sama, cucian wajah akan menjadi lebih selesa.

2. Gunakan Pembersih Mekap
Sebelum menggunakan pencuci muka, cuci terlebih dahulu sisa-sisa solekan yang ada pada wajah dengan menggunakan pembersih mekap. Untuk mata, sebaiknya gunakan pembersih mekap khusus untuk bahagian ini kerana kulit di sekitar mata lebih nipis dan sensitif berbanding kulit di bahagian wajah. Tuangkan cecair pembersih ini pada kapas muka dan tekapkan pada wajah selama lima saat sebelum membuang sisa solekan ini sehingga bersih. Jangan gosok terlalu kuat.

3. Susu Pembersih Atau Pencuci Jenis Krim
Seterusnya, sapukan susu pembersih atau pencuci wajah berasaskan krim ke seluruh wajah. Urut dengan sempurna. Perlu diingat, mencuci bukan sekadar menggosok-gosokkan pencuci itu ke wajah semata-mata. Urutan dan gerakan yang betul mampu membersih dengan sempurna bukan hanya pada permukaan kulit atas bahkan juga pada bahagian kulit paling dasar.

4. Gel Pembersih
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis kombinasi, mungkin penggunaan susu pembersih atau pencuci muka sahaja tidak memadai. Sebaiknya, aplikasikan gel pencuci dan lakukan teknik yang sama seperti langkah sebelum ini. Setelah itu, cuci dengan air sehingga bersih.

5. Skrub
Scrub berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan membuang kotoran pada wajah. Tekstur ‘skrub’ yang berbiji-biji mampu memasuki liang kulit dengan mudah. Disebabkan teksturnya agak kasar, skrub tidak perlu dilakukan setiap hari. Memadai dua atau tiga kali seminggu. Dalam masa yang sama juga, anda harus mengenal pasti kesesuaian produk skrub dengan kulit wajah terlebih dahulu.

6. Merawat Jerawat
Sebelum membuang jerawat pada wajah, pastikan jari anda dibersihkan terlebih dahulu bagi mengelak kuman memasuki kulit. Sebaiknya, balut jari dengan tisu untuk mengelakkan kuku daripada menyentuh kulit secara langsung.

Bukan semua jerawat boleh dipecahkan. Pilihlah jerawat yang matang sahaja. Singkirkan juga bintik-bintik hitam atau putih yang terperangkap di zon-T. Jangan lakukan amalan ini setiap hari. Memadai dua minggu sekali.
7. Teknik Guasa
Rawatan seterusnya adalah urutan dengan menggunakan Teknik Guasa. Teknik urutan tradisional Cina silam ini menggunakan batu jed asli yang dikatakan memiliki sifat sejuk yang membantu melancarkan perjalanan darah. Sebelum mengurut, wajah akan disapu dengan minyak aromaterapi akan diurut ke seluruh wajah bermula dari leher, dagu sehinggalah ke dahi.

Urutan Guasa ini juga membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di sekitar mata, menganjalkan kulit, mengurangkan gelung hitam di bawah mata, mengurangkan garis-garis halus dan juga boleh menyingkirkan toksin. Bahkan, ia turut membuatkan wajah tampak bertenaga dan mengurangkan rasa sakit pada kepala dan bahu yang berhampiran dengan wajah.
8. Sapukan Krim Dan Minyak
Selepas telah itu, gunakan krim dan minyak yang dirumus khusus untuk mengembalikan kelembutan dan kesegaran kulit wajah. Urut dengan sempurna bermula dari dagu, pipi, dahi, mata, hidung dan bahagian seluruhnya.

9. Penyegar Untuk Keanjalan Kulit
Selepas kulit disapu dan diurut dengan pelbagai krim dan minyak, segarkan kembali kulit wajah dengan menyapukan penyegar pada seluruh bahagian wajah termasuklah leher.

10. Krim Mata Untuk Menyegarkan Mata Letih
Selain menyegarkan mata, krim ini juga berfungsi untuk mengurangkan garis-garis halus di sekitar mata dan juga kedutan kecil.

11. Pati Dan Pelembap Khusus
Bagi anda yang mempunyai kulit kering atau usia anda sudah menjangkau pertengahan 30-an, penggunaan pati (essence) dan pelembap sangat penting.

12. Krim Tabir Suria
Akhir sekali, sapukan Krim Tabir Suria. Sebaiknya pilihlah krim yang mempunyai kadar SPF 30.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan