13 Jun 2011

Masalah Bau Badan Lelaki Lebih Serius



Masalah ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Ia bukan sahaja mengganggu penampilan tetapi juga rasa percaya diri. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain.

Badan yang berbau tidak menyenangkan terjadi ketika seseorang itu berpeluh. Peluh terjadi kerana aktiviti yang dilakukan mahupun rasa gelisah atau cemas. Berpeluh merupakan proses semula jadi untuk pengaturan suhu tubuh. Umumnya, lelaki berpeluh lebih banyak berbanding wanita. Baunya pelbagai dan biasanya akan hilang setelah mandi.

Terdapat dua jenis kelenjar menghasilkan peluh iaitu kelenjar Eccrine dan kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertang gungjawab terhadap proses berpeluh, ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasil kan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elek trolit.
Peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Manakala kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak yang dirembeskan melalui peluh. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.

Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau badan lebih banyak didominasi oleh kaum Adam kerana aktiviti kelenjar Apocrine lelaki lebih besar. Selain itu, aktiviti kelenjar ini yang baru aktif bermula pada usia remaja, maka umur turut mempengaruhi bau badan. Selain itu, kurangnya kebersihan kulit dan pakaian juga punca tubuh berbau.

Pencernaan tidak sempurna

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkir kan sekiranya ginjal, hati dan saluran peng hadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak. Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Kaki Berbau

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengaliran udara sempurna dalam tempoh yang lama. Meman dangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stoking dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi tiga peratus hidro gen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar.

Tips Mengawal Bau Badan

• Mandi setiap hari. Mandi teratur dapat membantu mengendalikan jumlah bakteria di kulit. Gunakan sabun antiseptik apabila perlu.

• Gunakan pakaian yang longgar agar kulit tubuh dapat bernafas. Jenis material juga berperanan. Sebaiknya pilih fabrik kapas dan sutera. Ganti pakaian yang kotor.

• Mencukur bulu di ketiak dapat mengurangkan bau badan.

• Elakkan tekanan dengan melakukan aktiviti yang dapat merehatkan minda.

• Gunakan penyembur anti bau. Pastikan kulit dalam keadaan kering ketiak menggunakannya.

• Elakkan pengambilan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang.

• Berhenti meminum alkohol dan jauhi merokok.

Tiada ulasan: