Penggunaan bedak, lipstik, pemerah pipi mahupun pembayang mata pastinya tidak akan sempurna tanpa alatan seperti berus. Tanpa penggunaan berus ini juga tentunya sapuan pemerah pipi, dan pembayang mata tidak rata serta menyerlah. Oleh sebab itulah ia menjadi antara barang yang wajib ada dalam beg solekan wanita.
Namun begitu berus kosmetik yang ada ketika ini ada pelbagai. Bagi memastikan anda mendapat solekan terbaik maka anda seharusnya mengetahui jenis dan fungsi setiap berus ini. Berikut ini adalah pelbagai jenis berus dan kegunaannya.
Berus Bedak Besar
Amat lembut khusus untuk mengaplikasikan bedak muka (face powder). Berus ini disusun berbentuk kubah dan menirus. Ia sesuai digunakan untuk menyapu bedak tabur ke wajah.

Selain itu, ia juga lebih tebal memudahkan proses meratakan bedak ke wajah dan mengurangkan bedak terlalu tebal di wajah.
Berus Pemerah Pipi
Berus ini sesuai digunakan untuk sapuan pemerah pipi kerana helaian berus yang berbentuk bulat di permukaannya. Untuk sapuan pipi, berus ini perlu bersaiz besar dan helaian berusnya membentuk hujung yang tumpul, lembut dan padat.Bentuknya juga hampir sama dengan berus bedak asas tetapi bulunya lebih tebal agar semasa aplikasi pemerah pipi ia akan menghasilkan rona yang rata dan berkesan secara semula jadi.

Berus Pembayang Mata
Ia berbentuk empat segi yang padat tetapi lembut bagi membolehkan sapuan lebih tepat. Berus jenis ini juga sesuai untuk kegunaan pembayang mata jenis serbuk.Bahagian bulu berusnya kecil dan agak runcing di bahagian hujungnya. Selain itu, berus jenis ini juga memiliki nombor-nombor yang membezakan fungsi masing-masing dalam pengaplikasian pembayang mata.

Berus Halus Celak Basah
Berus gentian sintetik yang mempunyai hujung halus dan dapat memberi sapuan yang tepat dan sekata untuk menggaris mata. Boleh digunakan untuk produk berbentuk cecair mahupun krim.

Berus Span Meratakan Celak
Berbentuk bulat tumpul dan diperbuat dari span. Berfungsi untuk meratakan celak.

Berus Lipstik
Amat sesuai untuk menyapu produk berasaskan bahan berminyak. Berus ini mempunyai gentian yang agak tirus dan padat. Untuk calitan lipstik dan pelembap bibir. Selain itu, berus ini juga memudahkan proses mewarnakan bibir bagi memastikan warnanya sekata.

Berus Perapi Kening
Ia berfungsi untuk mengaplikasikan warna ke atas kening. Hujungnya yang tirus membolehkan sapuan lebih halus. Berus jenis ini diperbuat daripada kombinasi gentian sintetik dan asli.

Sikat Bulu Mata
Ia untuk merapikan maskara dan juga memisahkan bulu mata. Berus jenis ini mempunyai gentian sintetik dalam bentuk gelungan yang mana menyerupai rekaan pemegang maskara.

Sikat Kening Dan Perapi
Untuk merapikan bulu mata dan kening supaya kelihatan lebih sempurna. Sebaiknya pilih berus berkembar sikat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan