23 Mei 2011

Cara Betul Pakai Bulu Mata Palsu




Solekan mata merupakan bahagian paling penting ketika merias wajah. Malah, ia mengambil masa yang agak lama selain memerlukan penelitian untuk mata kelihatan berbeza. Untuk nampak lebih sempurna solekan, pemakaian bulu mata palsu adalah kaedah terbaik.

Mengaplikasikannya pada mata dapat mem bantu memperlihatkan bulu mata nampak lebih panjang dan lebih tebal. Pun begitu, memakai bulu mata palsu memerlukan teknik yang betul kerana ia bukan sesuatu yang mudah. Justeru, ia memerlukan banyak latihan sebelum anda meng hadiri manamana majlis dengan mengenakan bulu mata palsu pada riasan wajah. Sebaiknya, anda berlatih terlebih dahulu dengan menggunakan bulu mata palsu yang murah. Semakin banyak latihan akan membantu pemasangan bulu mata lebih cepat dan rapi. Bulu mata dan riasan mata akan terlihat lebih glamour. Selain itu, anda boleh saja mendapatkan bantuan dari mana-mana pakar solekan di salun misalnya untuk pemakaian tersebut.


Tip bulu mata palsu: 


Berikut ini beberapa tips yang boleh anda pelajari ketika menggunakan bulu mata palsu:


Sesuaikan Ukuran Bulu Mata Palsu


Lebar mata setiap orang berbeza-beza, justeru pastikan anda mengukur terlebih dahulu panjang bulu mata yang bersesuaian. Kemudian, rapat kan buku mata palsu pada kelopak mata untuk mengetahui panjang bulu mata yang sesuai. Setelah itu, gunting bulu mata palsu sekiranya melebihi panjang kelopak mata.


Solekan Mata


Pastikan anda merias terlebih dahulu bahagian mata dengan menyapu pembayang mata mengikut warna yang sesuai diikuti dengan penggaris mata. Setelah itu, barulah anda memasang bulu mata palsu. Ini bagi memastikan bulu mata palsu dapat melekat sempurna. Setelah itu, sepit bulu mata asli sebelum mengenakan bulu mata palsu.


Gam Bulu Mata Palsu (eyelashes glue)


Setelah selesai membuat solekan pada wajah, siapkan bulu mata palsu yang telah disesuaikan dengan panjangnya mata. Keluarkan gam khusus bulu mata palsu dan sapukan pada
bulu mata berkenaan. Jangan menyapu gam
terlalu banyak kerana akan menyebabkan ia melekat pada helaian bulu mata palsu.


Lekatkan Pada Mata


Setelah bulu mata palsu di sapu gam, lekatkan bulu mata tadi pada bahagian ke lopak mata. Laku kan dengan hatihati supaya bulu mata berkenaan melekat dengan baik. Rapi kan agar bulu mata terlihat semula jadi dan telah melekat sempurna. Biarkan selama 30 saat supaya gam berkenaan benar-benar kering.


Sempurnakan Riasan Mata


Setelah posisi bulu mata palsu sesuai dan gam telah kering, sapukan maskara untuk mem buat bulu mata terlihat lentik dan eyeliner cair hitam pada garis atas bulu mata untuk menutupi warna gam tadi supaya bulu mata asli dan bulu mata palsu terlihat menyatu sempurna.


Cantik Di Mata


Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

3 ulasan:

Cik Yana berkata...

Cik Yana tak pernah pakai bulu mata sebab bulu mata cik Yana dah panjang. Hehehe~ sampai tak akan pakai mascara sebab takut nampak terlebih panjang. Hahahaa~

Cik Yana perlukan VOTE korang yang baik hati :)

sarah mohamad berkata...

bagus info ni :) saya pun jarang2 je pakai fake eyelashes ni. sebab tak tahu pakai :)

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

yeah...momoy memang suka pakai eyelashes untuk nampak dolly
fave. koji japan

ORI-KESHI | Kawaii Eraser Maker"
Cara Test Kualiti Keyboard Komputer Korang"