05 Jun 2011

Barah Hidung Sukar Dikesan




Jika hidung sering berdarah, anda mungkin perlu berwaspada. Kemungkinan anda mengalami masalah barah hidung atau lebih dikenali sebagai ‘Nasopharyngeal Carcinoma’ (NPC). Ia kerap kali sukar dikesan kerana kedudukannya yang jauh di belakang hidung.

Lazimnya pesakit hanya dikesan menghidap NPC apabila mendapatkan rawatan akibat masalah kesihatan lain seperti hidung berdarah atau bengkak pada kelenjar di leher.

Barah hidung adalah penyakit yang paling lazim dikesan dihidapi kalangan warga Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, mereka yang berketurunan Cina dan Melayu lebih kerap didiagnosis dengan barah hidung.Bagai manapun, masyarakat India amat jarang di kesan mengalami masalah ini. Barah hidung adalah ketumbuhan yang wujud di naso pharynx iaitu bahagian yang terletak di belakang hidung dan di atas bahagian bela kang tekak. Pada peringkat awal, barah hidung memang sukar dikesan kerana baha gian nasopharnyx sukar di periksa. Lebih sukar lagi, simptom penyakit itu juga menyerupai gejala masalah kesihatan lain.

Ada kalanya juga, pesakit percaya hidung yang berdarah disebabkan suhu badan terlalu panas. Ini menyebabkan mereka tidak berjumpa doktor kerana menganggap masalah itu kecil dan boleh sembuh dengan sendiri. Bagai manapun, hidung berdarah hanya satu daripada simptom barah hidung. Lebih mem bimbangkan, simptom itu ada kalanya me nunjuk kan barah berkenaan sudah pun berada di tahap akhir.

Di negara Asia Tenggara, NPC men catatkan antara lima hingga 15 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala di China, terutama di Selatan China, Taiwan dan Hong Kong mencatat 30 kes bagi nisbah jumlah penduduk yang sama.Pada peringkat awal, NPC tidak menyebab kan sebarang simptom. Bagaimanapun apabila barah itu merebak ke tahap seterus nya, beberapa simptom mula kelihatan. Terdapat beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan se rangan NPC. Antaranya jantina, lelaki berhadapan dengan risiko NPC dua kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Faktor Risiko

Selain itu faktor risiko yang dikaitkan dengan NPC adalah makanan yang diawet dengan kandungan garam yang tinggi, misal nya ikan, itik atau sayur-sayuran. Begitu juga virus Epstein-Barr, virus paling biasa ditemui pada manusia dan hidup di sekitar hidung. Virus ini dikaitkan dengan beberapa jenis barah.

Barah NPC tahap 1 bermaksud barah masih berada dalam hidung. Barah NPC tahap 2 dan 3 apabila ketumbuhan semakin besar dan sudah merebak ke bahagian.NPC tahap akhir berlaku bila barah masuk jauh ke paru-paru, tulang atau hati.Memandangkan simptom awal NPC kerap dianggap masalah biasa, kebanyakan pesakit datang ketika sudah berada di tahap kedua dan ketiga. Mengikut statistik, hampir 54% dikesan dengan NPC selepas mendapatkan rawatan bengkak di leher, 25% ketika berlaku pendarahan pada hidung, 18% kerana masa lah kurang pendengaran pada sebelah telinga, 13% kerana menjadi juling dan 12% terasa telinga berdengung.

Rawatan

1. Radiasi - memusnahkan sel barah dengan cepat. Namun ada kesan sampingan yang bersifat sementara, misalnya hilang pendengaran, mulut yang kering atau sukar menelan.

2. Kemoterapi - bertindak memusnahkan sel dengan pantas tetapi seperti diketahui ia juga mungkin memusnahkan sel yang sihat berdekatan sel yang terjejas. Kemoterapi bertindak merawat NPC dengan tiga cara, digunakan bersama-sama terapi radiasi, digunakan selepas terapi radiasi atau sebelum terapi radiasi.

3. Pembedahan - bukan rawatan yang kerap dipilih untuk menangani NPC. Bergantung pada keadaan pesakit, doktor akan menilai rawatan terbaik dengan peratusan untuk pulih yang memihak kepada pesakit.

1 ulasan:

armouris berkata...

lagi info tentang barah hidung di SIHAT SELALU - Barah Hidung Sukar Dikesan