Di Asia, dianggarkan lebih daripada 350 juta penduduk merupakan penghidap sama ada hepatitis B atau C. Jika dicampurkan jumlah penghidap keduanya, penyakit hepatitis ini menjadi ‘pembunuh manusia’ paling besar jumlahnya di dunia.
Percaya atau tidak, gejala yang juga digelar ‘pembunuh senyap’ ini telah meragut nyawa lebih satu juta penduduk setiap tahun. Kebanyakan darinya juga hanya mengetahui menghidap penyakit ini setelah virusnya menular menjadi kanser peringkat empat. Jadi, sejauh mana anda tahu mengenai kepentingan vaksinasi dan bahaya penyakit ini?
Hepatitis secara ringkasnya diterangkan sebagai keradangan hati dan selalunya dicetus kan oleh virus. Walaupun terdapat lima jenis virus berbeza yang mencetuskan hepatitis ini iaitu A.B,C,D & E, hepatitis B dan C adalah virus yang mampu mencetuskan gejala kronik dan jangkitan jangka panjang. Kira-kira 30% dari individu yang mendapat jangkitan hepatitis B atau C untuk jangka panjang akan cenderung mendapat komplikasi seperti sirosis hati atau kanser hati.
Hati sebagaimana diketahui adalah organ di bahagian kanan atas perut yang memiliki banyak fungsi, di antaranya menyimpan glikogen (bahan bakar untuk tubuh) yang diper oleh dari gula. Bila diperlukan, glikogen dipecahkan menjadi glukosa yang dilepaskan ke dalam aliran darah.
Selain itu, ia membantu proses pencernaan lemak dan protein, membuat protein yang penting bagi pembekuan darah, mengolah pelbagai ubat yang mungkin anda minum untuk diserap ke dalam fungsi tubuh dan membantu membuang racun dari tubuh.
Bagaimanakah Virus Hepatitis B tersebar?
Hepatitis B
Virus hepatitis B tersebar menerusi perhubungan secara langsung dengan darah yang telah dijangkiti virus atau semua jenis cecair tubuh yang lain termasuklah air mani dan cairan vagina.
Berikut adalah di antara aktiviti yang dengan mudahnya mengakibatkan penyebaran virus ini dari individu yang telah dijangkiti kepada individu lain:
• Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan kondom dengan individu yang telah dijangkiti.
• Berkongsi alatan yang memungkinkan pemindahan darah secara tidak sengaja seperti pisau cukur menerusi luka cukuran dan sebagainya yang berkaitan.
• Berkongsi jarum suntikan (terutamanya penagih dadah), berus gigi (jika ada luka dari penghidap sewaktu memberus gigi) dan subang.
• Segala aktiviti menindik tubuh, membuat tatu atau melakukan akupunktur menggunakan peralatan yang tidak disterilkan.
Bagaimanakah seseorang itu tahu bahawa dia telah dijangkiti Hepatitis B?
Anda akan mengalami tanda-tanda penyakit ini dalam masa 45160 hari dari hari anda mula dijangkiti. Jika dijangkiti, orang dewasa adalah lebih cenderung untuk mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit ini. Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B termasukl ah penat, sakit kuning, gatal-gatal, hilang selera makan, hilang berat badan dan sakit sendi.
Apakah perjalanan semula jadi jangkitan kuman ini?
Kebanyakan orang yang telah dijangkiti akan pulih sepenuhnya. Sebilangan kecil akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati yang boleh membawa maut. Ada juga yang akan menjadi pembawa virus Hepatitis B yang kronik selepas pulih dari jangkitan awal Hepatitis B.
Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami kompli kasi seperti radang hati yang kronik, sirosis hati, kegagalan fungsi hati dan barah hati.
Adakah jangkitan Hepatitis B boleh dirawat?
Tiada rawatan khusus untuk jangkitan awal hepatitis B. Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk:
• Rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak
• Diet rendah lemak dan kurang perisa/tawar
• Elakkan arak/alkohol
• Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang diambil untuk penyakit kronik yang lain
• Pesakit radang hati yang kronik mungkin boleh dibantu dengan ubat interferon atau lamivudine.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari dijangkiti hepatitis B?
Hepatitis B boleh dielakkan dengan :
• Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi contoh nya menagih dadah secara suntikan dan seks secara rambang.
• Menghindarkan berkongsi barang-barang persendirian (contohnya pisau pencukur).
• Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma darah. Hepatitis B boleh dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B. Di Malaysia, semua bayi diberi pelalian untuk HBV. Pelalian Hepatitis B juga digalakkan untuk kumpulan umur dan populasimasyarakat yang tertentu.
Contohnya:
• Mereka yang belum pernah mendapat pelalian hepatitis sebelum ini
• Mereka yang terdedah kepada orang yang dijangkiti dengan Hepatitis B di rumah atau secara seksual
• Mereka yang terdedah kepada darah atau produk darah
• Kakitangan kesihatan
• Pesakit-pesakit dialisis
sumber: MingguanWanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan