20 Julai 2011

Lesen ikut tarikh lahir pemandu



KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbang cadangan menggunakan tarikh lahir dalam penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.
"Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,'' katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.
Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.
"Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,'' katanya.
Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.

2 ulasan:

ArulchelseA berkata...

ok la tu..sbb aku kdg2 lupa trikh mat lesen..tp kdg2 trikh lahir pun lupa jugak... kih kih kih..

fazRina berkata...

tarikh lahir sndiri pon lupe...bhy 2..