09 Julai 2011

Diari Makanan Cara Mudah Langsing

Pelbagai cara saya lakukan untuk turunkan berat badan. Tidak makan nasi, kentang dan roti. Malah hanya makan sekali sehari sahaja tetapi ia tetap tidak membantu untuk kurus.”



Keluhan seperti ini bukan lagi asing di kalangan orang yang berdiet malah mungkin ia berlaku pada diri kamu sendiri. Sebenarnya sebahagian besar daripada kita memasukkan kalori ke dalam tubuh lebih besar tanpa disedari. Perlu diingatkan, diet rendah lemak dan mengandungi banyak serat serta nutrisi akan membantu proses penurunan berat badan. Manakala makanan dengan kalori yang tinggi, penuh lemak, dan gula akan memperlambat proses penurunan berat badan.

“Sebenarnya, ramai yang berusaha menurunkan berat badan ‘menipu’ dirinya sendiri tentang seberapa banyak makanan yang mereka makan dalam sehari. Mereka makan ketika memasak dan tidak menolak pelawaan teman apabila dipelawa makanan ringan. Inilah yang menjadi punca diet gagal biarpun berusaha keras untuk kurus. Lebih baik kamu makan makanan yang sihat dalam kuantiti yang sederhana daripada kamu makan makanan yang tidak sihat, tinggi kalorinya biarpun dalam kuantiti yang sikit. 



Misalnya, ada di antara kamu lupa untuk menghitung seratus kalori untuk setiap sudu minyak atau sos salad, lima puluh sampai seratus kalori untuk setiap sapuan mentega pada roti atau kentang dan tambahan kalori pada setiap cawan kopi ketika kamu menambahkan susu dan gula,” kata Richard Carlson yang dipetik daripada buku “Don’t Sweet Guide To Weight Loss”.
 

Catat Setiap Makanan Yang Diambil


Jika kamu benar-benar ingin menurunkan berat badan, Richard menyarankan jujurlah pada diri sendiri tentang seberapa banyak makanan yang kamu makan. Diakui kebiasaan makan tanpa sedar ini sebenarnya sangat sukar untuk dihilangkan. Oleh itu, menurut Richard jalan keluar terbaik untuk atasi masalah ini ialah adakan komitmen jangka pendek untuk mencatat setiap makanan yang kamu makan. “Bawalah buku catatan dan pen selama satu minggu walau ke mana jua kamu pergi. 



Catatlah setiap kali kamu memasukkan apa pun ke dalam mulut. Ini termasuklah makanan ringan seperti gula-gula dan sebagainya. Sos, keju, bahan pelengkap, mentega, minyak, sos salad, madu, gula dan kekacang. Semua ini harus juga dimasukkan dalam catatan, termasuklah seberapa banyak kamu memakannya. Perhatikan juga apa yang disajikan pada makanan di restoran dan seberapa besar jumlahnya. Semuanya akan memberi pengaruh dalam proses penurunan berat badan,” ujarnya. Kesimpulannya, janganlah bila sebut tentang istilah ‘diet’ hanya satu sahaja yang kamu tahu iaitu menahan diri daripada makan makanan yang berat. Sebenarnya yang berat itu tidak semestinya menggemukkan dan yang ringan itu tidak semestinya tidak memberi kesan.


sumber: MajalahRemaja

Tiada ulasan: