06 Julai 2011

Bubur Mihun


Bahan-bahan:
1/2 keping mihun - rendam dan tuskan
1/2 bii kelapa - ambil pati santan dan kemancar (baki santan setelah patinya diperah) secukupnya
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan hirisan gula melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar sagu (untuk memekatkan bubur)

Cara Menyediakan:
1. Tuangkan santan kemancar, gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dan didihkan sebentar.
2. Masukkan mihun dan pati santan. Kacau hingga masak agar santan tidak pecah minyak.
3. Letakkan sagu dalam alat penapis dan lalukan di bawah paip yang sedang mengalir.
4. Campurkan ke dalam bubur, kacau sebentar hingga kembang dan angkat.
(Perhatian: Jangan biarkan bubur lama di atas dapur untuk mengelakkan kuahnya menjadi terlalu pekat apabila sagu kembang.)

Sumber:Majalah Saji

Tiada ulasan: