06 Julai 2011

Tips penjagaan kaki - Kaki Mulus Jadi Idaman



Memiliki kaki yang mulus dan bebas dari bulu antara idaman setiap wanita terutama bagi mereka yang suka memakai skirt. Justeru, kaedah waxing antara yang sering diguna pakai bagi membuang bulu-bulu halus di kaki. Beberapa tip bagi anda yang inginkan kaki sedemikian.



Menjaga Kebersihan

Jika mahu melakukannya sendiri sebelum memulakan rawatan ini, cuci tangan terlebih dahulu sama ada dengan skrub ataupun memadai hanya menggunakan pembersih tangan anti bakteria. Selain itu, pastikan setiap barangan yang digunakan dicuci bersih dan tidak digunakan dua kali.

Jika anda mahu melakukan rawatan ini di spa maka perhatikan tahap kebersihan di tempat yang bakal anda lakukan rawatan waxing tersebut. Selain itu, anda boleh mendapatkanpandangan atau nasihat dari rakan-rakan yang pernah berkunjung ke mana-mana tempat untuk melakukan rawatan tersebut. Dalam masa yang sama juga, anda perlu memastikan terapi atau pakar kecantikan di sana memiliki lesen atau sudah terlatih dalam melakukan rawatan tersebut.


Tentukan Jenis Produk

Jika melakukan rawatan ini sendiri anda perlu menentukan beberapa jenis waxing yang sesuai untuk digunakan. Antaranya Hard wax, ia rawatan terbaik kerana lebih lembut dan menempel pada bahagian bulu kaki dan bukan pada kulit. Manakala Speed wax pula agak lembut tetapi sedikit menyakitkan.

Selain kaedah rawatan tersebut, anda juga perlu melihat produk yang digunakan ketika rawatan. Sebaiknya, pilih produk yang bebas dari bahan kimia supaya tidak menyebabkanberlakunya sebarang kesan pada kulit terutama bagi mereka yang memiliki kulit jenis sensitif.

Mencegah Iritasi

Setelah anda melakukan rawatan waxing, sapukan krim antibiotik sebagai anti- peradangan pada bahagian tersebut bagi mencegah iritasi mahupun jangkitan pada kulit tersebut.

Kenali Tanda-tanda Jangkitan

Lihat dengan teliti sekiranya ada tanda-tanda jangkit seperti ruam, kulit mengelupas, atau luka.   Segera bertemu dengan doktor andai ada tanda-tanda kemerahan atau bengkak pada bahagian tersebut, rasa gatal dan sebagainya lagi.

Alat Pencukur Pun Boleh Juga

Selain waxing itu, pilihan yang praktikal dan mudah adalah dengan menggunakan alat pencukur. Pun begitu, jika kurang berhati-hati ketika mencukur boleh menyebabkan kaki anda terluka.Penggunaan alat pencukur murah terutamanya boleh menyebabkan kaki anda mudah luka akibat torehan. Sebaiknya, pilih alat pencukur yang memiliki beberapa bilah pisau untuk mengurangi tarikan pada kulit.

Selain tidak efektif, mencukur bulu kaki menggunakan alat pencukur dari jenis pisau yang tumpul dapat meningkatkan risiko iritasi. Justeru, bagi memastikan masalah ini tidak berlaku, anda harus menukar pisau cukur secara teratur.Mencukur menggunakan pisau tumpul juga boleh menyebabkan anda terpaksa menekan kuat pisau tersebut pada kulit sehingga menimbulkan goresan pada bahagian kulit tersebut. Untuk membantu menghindari luka goresan yang tidak diingini, cukur bulu kaki dengan lembut dan mengikuti arah yang anda rasa selesa.


2 ulasan:

NasZ berkata...

owh...baru tahu..thanx kongsi tips..

minta tolong bagi pendapat bleh?

MOHD NASER.com

fazRina berkata...

nak minta pendapat tentang ape 2 ye...