09 Julai 2011

Jerawat Di Bahagian Tersembunyi Lebih Sukar Dirawat



Sebut sahaja jerawat, pasti ramai yang menarik muka tanda tidak suka. Apa tidaknya, penampilan boleh terjejas walaupun hanya ‘sebiji’ jerawat yang tumbuh. Selain di wajah, bahagian tubuh lain seperti leher, dada, punggung, bahu antara bahagian yang turut menjadi sasaran kepada timbulnya jerawat.

Bahkan, mereka yang meng hadapi masalah ini bukan saja wanita tapi juga lelaki. Tak kira baik remaja atau orang dewasa pasti tidak akan terlepas dari menghadapi masalah tersebut. Jika masalah jerawat di wajah sering kali diperkatakan,  memfokuskan kepada jerawat di bahagian tubuh yang terselindung pula. Sebabnya walaupun tumbuh di bahagian badan tidak dapat dilihat kerana terlindung dengan pakaian, namun ia turut mengundang pelbagai masalah seperti ketidakselesaan dan sebagainya.

Gaya Hidup Jadi Punca

Selain stres, masalah hormon, gaya hidup kurang sihat dan sebagainya antara faktor penyebab munculnya jerawat di tubuh selain disebabkan oleh masalah peluh dan pakaian ketat. Sebagai contoh, pakaian ketat boleh menyebabkan iritasi kepada bahagian-bahagian yang sudah bermasalah. Justeru, bagi lelaki dan perempuan yang aktif secara fizikal lebih mudah menghadapi masalah jerawat di badan.

Ketika pakaian ketat dikenakan, badan berpeluh sehingga kulit bercampur dengan minyak semula jadi yang dihasilkan kulit sehingga membentuk lapisan yang menyumbat liang-liang roma. Selain itu, jerawat yang tumbuh di tubuh lelaki boleh berlaku akibat kesan sampingan daripada penggunaan steroid.

Atasi Jerawat

Berbanding pada wajah, jerawat yang tumbuh di bahagian tubuh tidak mudah diatasi terutama pada bahagian yang sukar dipegang. Selain itu, kulit bahagian badan juga lebih tebal daripada kulit wajah. Untuk itu, beberapa tip di bawah mungkin sesuai untuk anda ikuti dalam mengatasi masalah tersebut.

• Cuci bahagian yang berjerawat setiap hari menggunakan sabun antibakteria.

• Sapukan bahagian yang bermasalah dengan krim benzoil peroksida untuk menge ringkan jerawat.

• Kulit tubuh lebih tebal dibandingkan dengan kulit wajah sehingga lebih sukar mengatasinya. Oleh itu, pilih pelembap yang mengan dungi bahan yang mengandungi bahan yang boleh membantu mengelupas kulit dan mengatasi masalah kekeringan. Anda juga dapat menggunakan benzoil peroksida untuk mengubati jerawat tertentu.

• Untuk jerawat yang tumbuh di bahagian tersembunyi, gunakan scrub lembut ketika anda mandi selain untuk tujuan membuang sel-sel kulit mati. Pastikan anda tidak meng gosok terus pada bahagian jerawat kerana ia boleh menimbulkan iritasi dan peradangan.

• Jangan lupa, cepat-cepat mencuci bahagian yang mudah berjerawat bagi anda yang mudah berpeluh. Sebaiknya, segera mandi selepas habis berolahraga atau semasa tubuh basah kuyup oleh peluh.

Tiada ulasan: