10 Julai 2011

Khasiat kurma Ajwa dan madu Sidr



USAH ditanya lagi tentang khasiatnya kerana ramai yang sudah mengakuinya. Diperkenalkan oleh masyarakat Arab sejak idea perdagangan mula menghubungkan tamadun manusia, kurma dan madu kini menjadi makanan tambahan yang semakin digemari.


Percaya atau tidak itulah hakikatnya. Kurma Ajwa dan madu Sidr misalnya mengandungi khasiat sebagai penawar dan mencegah pelbagai penyakit.

Kegemaran Rasulullah


Kurma Ajwa merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW yang mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.

Ajwa sejenis kurma lembut dan kering yang ditanam di kota Madinah. Dalam sejarah ada menyebut, kurma Ajwa yang pertama ditanam oleh Rasulullah di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.

Kurma ialah satu makanan organik sempurna kerana ia sejenis buah-buahan yang mengandungi pelbagai mineral dan vitamin kaya dengan anti oksida seperti beta-karotena, lutein dan zeaxanthin.Anti oksida mempunyai keupayaan untuk membantu melindungi sel dan struktur lain dalam tubuh agar bebas daripada radikal oksigen dan mencegah penyakit seperti kolon, prostat, payu dara, endometrium, paru-paru dan kanser pankreas.


Terbaik di dunia



Madu Sidr paling jarang ditemui dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia memang sentiasa dicari oleh pencinta madu kerana rasa yang unik dan indah di samping banyak faedah kesihatan.Perkara ini diakui oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) - Kolej Standard Madu (CODEX STAN 12-1981).

Ia menyatakan madu ini mempunyai faedah perubatan dan berkhasiat.Madu ini dihasilkan oleh lebah yang hanya memakan bunga daripada pokok Sidr yang berasal dari Hadramaut Yemen.

"Keindahan madu adalah kerana ia semulajadi, selamat dan lazat, dan boleh didapati sepanjang tahun. Madu sangat selamat sebagai makanan dan perubatan.

Tiada ulasan: