16 Julai 2011

Kaedah Tradisional Atasi Perut Buncit

Perut buncit, oh tidak! Pastinya setiap wanita tidak kira yang bujang mahupun sudah berkahwin gerun
apabila masalah ini melanda diri. Sebenarnya perut buncit dialami oleh ramai orang disebabkan faktor diet
 yang tidak betul dan juga gaya hidup yang tidak sihat. Selain itu, ia juga berlaku kalangan
wanita akibat ketidakseimbangan pengambilan kalori, perubahan hormon, kehamilan dan juga
 melahirkan anak.

Kini terdapat banyak kaedah untuk mengatasi masalah ini seperti rawatan pelangsingan,
 suntikan membuang lemak dan sebagainya. Tapi anda juga boleh melakukan rawatan
mengatasi perut buncit yang menggunakan kaedah tradisional berasaskan penggunaan
herba. Selain sesuai untuk mereka yang ingin mengatasi masalah perut buncit,
rawatan ini juga sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin serta bakal pengantin.


1. Proses awal adalah dengan urutan seluruh badan bagi membuang
angin serta melancarkan peredaran darah. Proses urutan ini menggunakan minyak
urutan aromaterapi. Selain membuang angin, ia juga memberi ketenangan,
relaks dan membantu membetulkan urat-urat dalam badan.

2. Seterusnya adalah rawatan menggunakan tungku herba. Kaedah yang
menggunakan bahan-bahan herba terpilih dan dimasukkan ke dalam kain lalu
 dipanaskan. Setelah itu, tungku tersebut diletakkan di bahagian perut yang
bermasalah selama beberapa minit.


3. Selesai bertungku diikuti pula dengan proses memakai bengkung. Pemakaian
bengkung di lakukan berhati-hati bagi memastikan ia tidak diikat terlalu ketat
sehingga menyukarkan untuk bernafas. Setelah itu, berehat seketika.

4. Bagi yang ingin menikmati mandian dan lulur, proses ini boleh disediakan. Selain
 untuk membersihkan diri, air mandian yang dicampurkan dengan bunga-bungaan
 yang membantu menaikkan seri wajah, memberi kesegaran pada tubuh serta memulihkan
 tenaga.


5. Akhir sekali,minum teh halia yang berfungsi untuk membuang angin dalam badan.

Amalkan Senaman Bangkit Tubi
• Lakukan senaman bangkit tubi pada pagi dan malam hari sebelum dan selepas bangun tidur. Jika ia dilakukan secara rutin dan betul, tidak mustahil masalah perut buncit boleh diatasi

• Ketika melakukan bangkit tubi juga, atur nafas anda dan jangan letakkan kedua tangan di bawah leher, sebaliknya luruskan kedua belah tangan atau letakkan di bahagian telinga.

• Mulakan latihan ini sebanyak 10 kali untuk kali pertama sebelum menambah bilangannya sehingga sesuai dengan kemampuan diri. Untuk hasil yang maksima lakukan latihan ini secara rutin.

3 ulasan:

Elih Japahar berkata...

Info yg sangat berguna..tuk pompuan je ke ni? laki ade tak? hehe

Unknown berkata...

sesuai tak untuk lelaki atasi perut buncit.

fazRina berkata...

lelaki pon bole gunapakai cara ni hehe..