15 Mac 2011
Gegaran kuat dijangka esok 16 Mac
salam semua..syukur alhamdulillah sbb kite hidup dlm negara yang aman & tenteram..bayangkan apa yg jd kt Jepun 2....dan keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang esok. ape la perasaan dorang kan...moga negara kita Malaysia yg tercinta ni sentiasa mendapat perlindungan dari malapetaka oleh Allah...
kat bwh ni petikan dari berita.........
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, menggambarkan gempa bumi yang melanda negara ini sebagai krisis terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.Keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang lusa.
Penduduk di ibu negara Jepun ini pula mengalami situasi tidak menentu hari ini berhubung bekalan makanan dan elektrik, ekoran gempa dan tsunami yang berlaku di timur laut negara ini pada Jumaat lalu, manakala krisis nuklear belum menunjukkan tanda akan reda.Rak-rak makanan di kedai-kedai dan pasar raya terus kosong dan banyak perkhidmatan kereta api ditutup apabila penduduk Tokyo kembali bekerja selepas hujung minggu dihabiskan dengan mengikuti siaran televisyen yang merakamkan imej-imej kemusnahan meluas di bahagian timur laut, kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negara.
Lebih 100 perkhidmatan kereta api komputer di kawasan Tokyo dijadual ditutup separuh atau sepenuhnya, hari ini.Panggilan telefon ke operator kereta api terbesar di negara ini, East Japan Railways Co. tidak berjawab disebabkan panggilan yang terlampau banyak.Pembekal tenaga, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) awal hari ini mengumumkan pemutusan bekalan elektrik secara berjadual di Tokyo dan bandar raya sekitarnya untuk menjimatkan tenaga ekoran krisis di loji tenaga nuklear di kawasan gempa.
Sesetengah kedai kehabisan bekalan makanan berbungkus seperti mi segera, kari segera, tauhu, roti dan telur, sebahagiannya disebabkan masalah pengangkutan dan penghantaran, di samping pembelian panik oleh penduduk.
Turut mendapat permintaan tinggi ialah tauhu, dipercayai boleh membantu mengatasi keracunan radiasi kerana mengandungi iodin pada kadar yang rendah.Namun tidak ada tanda berlaku panik di Tokyo, dengan kereta api komuter utama beroperasi dan pekerja pejabat keluar makan tengah hari seperti biasa. -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan