18 Mac 2011

Ingatlah..Mahkota dirimu tiada tukar gantinye....

  

   KEPERAWANAN dan dara. Apakah makna sebenar kedua-dua istilah ini? Bagaimana jika seorang wanita itu sejak azali dilahirkan tidak memiliki selaput dara? Adakah ia menandakan gadis berkenaan sudah tidak suci lagi?

   Menurut definisi, istilah keperawanan dikelaskan untuk gadis yang belum berumahtangga dan tidak pernah terbabit ataupun melakukan hubungan seks dengan sesiapa manakala dara (hymen) ialah tisu nipis yang mengelilingi pembukaan faraj.
  

   Jika diperhatikan kebanyakan gadis sekarang agak kurang menitikberatkan penjagaan keperawanan diri kerana masing-masing beranggapan ia sudah ketinggalan zaman. Keadaan ini mungkin disebabkan pengaruh rakan sebaya dan keinginan yang terlalu mengidamkan kehidupan bebas tanpa kawalan dan batasan. Mereka beranggapan jika rakan sebaya boleh melakukan perkara terbabit tanpa sekatan sesiapa termasuk ibu bapa, mengapa mereka tidak boleh melakukannya.

   Di sinilah, institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam memantau dan mengawasi pergerakan anak untuk mengelakkan mereka terjerumus dalam kegiatan yang merugikan masa depan mereka. Ibu bapa seharusnya tidak boleh terlalu memberikan kebebasan kepada anak akibat kesibukan kerja hinggakan mereka berasa terabai dan tersisih lantas menyebabkan mereka memilih untuk mendapatkan ketenangan daripada pihak luar.

   JIKA diperhatikan kebanyakan gejala sosial berlaku hari ini seperti seks bebas dan kes pembuangan bayi yang makin menular di kalangan remaja terutama gadis, seolah-olah menunjukkan keperawanan diri sudah tidak begitu berharga.Bagi mereka, hanya keseronokan yang dicari tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi sama ada untuk jangka panjang ataupun pendek.
Bagaimanapun, dalam keadaan pelbagai masalah sosial yang makin membelenggu golongan remaja kini masih ada sebahagian daripada mereka yang tetap menjaga tatasusila, maruah dan kehormatan diri melebihi segalanya. Ingatlah wahai saudara saudari seislam ku.....Mahkota dirimu tiada tukar gantinye.......
 

1 ulasan:

Unknown berkata...

ingat selalu saba Nabi SAW..
smua yg di dunia, hanya hiasa smntara..
Jaga;ah ia sebaiknya, ditutup serapatnya kepaa ajnabi an jaikan benteng agar iman sentiasa subur dan terkawal..~