Merawat kuku merupakan salah satu kewajipan untuk menjaga penampilan. Pun begitu, ada juga yang sering mengabaikan penampilan kuku, lantaran malas atau merasakan ia tidak terlalu penting. Tidak kurang, ada yang menganggap rawatan yang dilakukan di salun mahupun spa sudah memadai untuk mempercantik kuku dan mempesona. Namun sebenarnya, menjaga kebersihan kuku bukan hanya sekadar mengunjungi pusat kecantikan sebaliknya di rumah juga perlu dipraktikkan terutama ketika mandi.
Seperti mana anda menitik beratkan penjagaan kulit wajah dan tubuh, kuku juga selayaknya menerima sentuhan yang sama. Kuku juga dihasilkan dari protein yang sama dengan rambut, justeru sesekali, tidak ada salahnya andai anda memberi ''cuti'' pada kuku dan memberikannya rawatan istimewa.
Tip Cantik
Setiap kali mandi, jangan lupa bersihkan setiap celah-celah kaki. Ini kerana, bahagian ini merupakan kawasan yang paling lembap. Apabila terkena kotoran atau basah akan menyebabkan ia mengeluarkan bau yang kurang enak. Untuk itu, gosoklah celah-celah jari menggunakan sabun khas atau memadai dengan menggunakan sabun mandi.
Potong kuku
Rajin-rajinlah potong kuku. Jangan biarkan kotoran melekat pada jari kuku anda. Selain tidak sedap dipandang, kotoran pada kaki menjadi penyebab timbulnya bau.
Rendam dengan teh
Teh dipercayai boleh membantu dalam menghilangkan bau yang kurang enak. Caranya mudah sahaja. Rendam kaki di dalam bekas yang siap diisi dengan air suam dan hampas teh selama lebih kurang 10 minit. Bau yang tidak sedap pun akan lenyap.
Serbuk kopi
Selain teh, serbuk kopi juga dikatakan berkesan dalam menyerap bau yang kurang enak. Bungkus kopi ke dalam kain bersih, kemudian masukkan ke dalam kasut selama sehari semalam. Lihat hasilnya nanti.
Pola makan
Tanpa disedari pola pemakanan yang tidak seimbang dapat mempengaruhi bau pada kaki. Ini bagi mereka yang menggemari makanan pedas. Ini kerana, makanan sebegini mudah menghasilkan peluh. Pengambilan makanan yang tinggi kalori juga membuat kaki cenderung berpeluh. Justeru, pastikan anda memilih makanan yang sesuai. Pun begitu, tidak ada salahnya anda mahu bertukar selera sesekali. Cuma jika dijadikan tabiat maka itulah yang menyebabkan tubuh anda mudah berpeluh.
Material kasut
Bahan material kasut juga mempengaruhi bau kaki. Sebagai contoh, bahan dari jenis plastik cenderung menyebabkan kaki lebih mudah berpeluh kerana panas. Untuk itu, lebih baik pilih kasut dengan jenis bahan berasaskan kain. Selain itu, jangan sembarangan menyimpan kasut. Selain membuatnya cepat rosak, ia juga boleh menyebabkan timbulnya bau kurang enak. Sebaiknya, simpan kasut di tempat yang sesuai terutama kawasan yang mana aliran udara lancar. Lebih baik anda menggunakan rak kasut dan letakkan silica gel bagi memastikan ia menyerap bau yang kurang enak daripada kasut anda.
Berjumpa doktor
Jika sudah melakukan pelbagai cara namun bau tersebut masih tidak berkesan, mungkin sudah sampai masanya anda mengunjungi doktor. Mungkin dengan kaedah ini, dapat diketahui masalah sebenar bau kaki tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan