Sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang.
Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis – betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.
sireh mempunyai khasiat seperti:-
¨ Memecahkan angin berkumpul dalam sistem dan melegakan keadaan perut dan melepaskan angin – mulut (sendawa) dan dubur (kentut).
¨ Merangsangkan sistem ke arah kstabilan (hormon).
¨ Pembersih darah dan angin kotor.
¨ Mengubati penyakit buasir, bisul, hidung berdarah, sakit gigi.
¨ Pencegahan hamil.
¨ Sebagai solekan - penjagaan kulit dan rambut.
¨ Mengubati sakit kepala, migrane, darah tinggi dan penyakit yang boleh menyebabkan penyakit kepala.
¨ Merawat bengkak zakar.
¨ Merawat bengkak payudara.
¨ Mengurangi pengeluaran susu ibu.
¨ Merawat penyakit panau, keputihan, gatal ditempat sulit.
¨ Penyakit kulit, otot, sendi dan kayap.
¨ Mengubati haid yang tidak teratur.
¨ Perangsang urat saraf, penyegar otot dan sendi-sendi.
¨ Mencegah lendir-lendir dalam sistem badan dan melancarkan peredaran darah.
¨ Boleh menghilangkan bau nafas yang busuk melalui mulut.
cara menggunakan daun sireh
Asma – Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma
Batuk Lelah – Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.
Bau Badan – Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih
Gatal Vagina – Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Keputihan – Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
Payu Dara – Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu
Sakit Mata – Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan