tajuk pon da suspen hehe...bahagian mana akan basah dulu time..........
bersiram......mandi.....
Mandi????.....
Tidak kira bangun pagi, selepas balik kerja/kuliah ataupun sewaktu selepas bersukan, mandi merupakan aktiviti wajib setiap orang. Ada orang yang ambil masa 2 minit sahaja untuk mandi dan ada pula yang sehingga 1 jam.
Tentu mandi merupakan saat-saat korang membersihkan tubuh badan. Namun, ramai yang tidak tahu maksud tersirat di sebalik siraman pertama kali tatkala melangkah masuk ke dalam bilik air. Cuba ingat balik, jika kamu membuka pemulas air pancut, ataupon pakai gayung/cebok untuk mandi...bahagian mana yang akan kamu basahkan dahulu dan jika kamu mandi menggunakan air kolah, bahagian mana yang akan kamu siram dahulu? Dah kenal pasti? JOM periksa jawapan korang!
1. Dada
Pasti ramai yang mencurahkan air ke dada dahulu berbanding dengan anggota badan yang lain. rata-rata kaum adam yang gemar mandi bersiram di dada dahulu. Bagi kamu yang gemar mandi sebegini, kamu adalah orang yang praktikal, pandang ke depan dan tidak suka kerja bertangguh-tangguh.
Bagi kamu, keselesaan adalah sangat penting. Kamu benci untuk terganggu saat menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara dan tidak sabar dengan orang-orang yang tidak melihat sesuatu dengan cara kamu sendiri. Kamu seorang yang tegas dengan matlamat hidup dan akan mencapainya. Kamu adalah pasangan yang sangat melindungi dan manis mulutnya. Pasangan terbaik kamu dalam hidup adalah mereka yang memilih rambut.
2. Muka
Bagi yang membasahkan muka mereka dahulu, kamu sangat mementingkan wang. Wang adalah segalanya bagi kamu dan kamu akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. integriti dan martabat tidak penting bagi kamu. Kamu suka menggunakan orang lain demi kepentingan diri kamu.
Orang lain sukar memahami kamu, tetapi kamu tidak peduli apa yang mereka fikirkan. Kamu juga seorang yang egois. namun, jauh di sudut hati kamu, kamu seorang yang suka menolong dan juga suka berjenaka. Sebab itulah kamu ada ramai kawan walaupun sikap sebenar kamu ramai yang tidak suka. Pasangan yang sesuai buat kamu adalah mereka yang memilih bahagian sulit.
3. Kepala
dah..dah..xyah scroll ke bawah....
alamak...nape tang aku xde pulak ni?lupe taip ke ape die ni.....publish post ikut suke je..!
haha rileks la....nak tau yang selanjutnye g bli majalah REMAJA 1 April 2011. Jangan lupa dapatkan di pasaran tau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan