Akne merupakan masalah kulit yang biasanya mengganggu remaja. Kamu mungkin mengenali jenis akne seperti jerawat, bintik hitam atau bintik putih. Ia selalunya dijumpai pada wajah, dada, belakang dan lengan. Akne mungkin membuatkan kamu rasa malu dan mula rendah diri. Biasalah tu! Tapi jangan risau sebab ada cara untuk kamu mengawal akne.
Akne merupakan perkara biasa ketika membesar dan ia tak akan kekal selamanya.Apa penyebab akne: FIKIR SEMULA
- Makanan manis buat saya berakne. Coklat dan gula-gula tidak menyebabkan akne. Akne disebabkan oleh pori yang bermasalah. Pori ini sebenarnya membuang kulit mati di dalamnya. Kulit-kulit mati ini kemudiannya menyumbat pori. Apabila ia berlaku, bakteria tertentu dalam kulit menyebabkan pori menjadi merah dan pedih dengan memecahkan kotoran dan minyak di dalam pori. Inilah sebabnya kamu mendapat jerawat.
- Hanya mereka yang muda mendapat akne. Sebenarnya, orang dewasa pun ada akne juga! Tapi cuma orang muda yang lebih mendapat akne kerana perubahan hormon dalam badan mereka. Apabila seorang gadis sedang membesar mereka juga mempunyai sejumlah kecil hormon lelaki yang dibebaskan dalam tubuh mereka. Hormon lelaki ini membuatkan pori mula membebaskan minyak atau sebum. Pada masa yang sama, kamu juga mula ditumbuhi bulu pubik dan bulu di ketiak. Untuk orang dewasa, akne mungkin disebabkan oleh hormon. Selain dari hormon, penggunaan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan akne pada orang dewasa.
- Kotoran, minyak dan peluh menyebabkan akne. Tak semestinya begitu. Bahang, peluh dan kotoran akan membuatkan kulit kering dan seterusnya menyebabkan jangkitan. Sekiranya kamu mempunyai akne yang agak sederhana, kotoran dan bahang akan membuatkan ia lebih teruk.
- Saya boleh mendapat akne dengan memegang wajah rakan saya. Bukan begitu. Kamu tak akan dapat akne, jerawat atau bintik hitam sekiranya kamu menyentuh wajah rakan kamu, melainkan kulit rakan kamu mempunyai jangkitan yang disebabkan bakteria.
Akne disebabkan oleh:
- Pori yang bermasalah
- Bakteria kulit: Propionibacterium acnes
- Perubahan Hormon
- Genetik
Dan bukannya:
- Coklat dan gula-gula
- Peluh, bahang dan kotoran
- Dengan sentuhan pada kulit
Akne kamu jenis yang bagaimana?
Merah yang Marah
Akne seperti ini berwarna kemerah-merahan, sakit dan bengkak. Ia termasuklah jerawat dan bintil.
Jerawat boleh merujuk kepada benjolan merah kecil yang berhujung kuning atau “bermata”. Ia biasanya dijangkiti kuman. Ia boleh disembuhkan dengan ubat yang dibeli di farmasi atau sekiranya terlalu teruk, doktor akan memberi kamu antibiotik.
Bintil apabila teruk akan berubah menjadi akne. Ia membesar, membengkak dan menyakitkan. Lebih teruk, ia membesar dengan cepat. Jangan picit kerana ia akan menyebabkan parut yang dalam. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Silent Heads
Akne jenis ini biasanya leper dan hanya menunjukkan pori besar terbuka. Ia tidaklah sakit tetapi agak menjengkelkan kamu.
Bintik Hitam merupakan sejenis akne di mana plug hitam kotor menyumbat pori terbuka. Plag hitam itu bukannya kotoran tetapi minyak yang menjadi hitam kerana terdedah pada udara.
Bintik Putih terjadi apabila pori tertutup. Kamu hanya boleh melihat benjolan putih kecil pada kulit. Benjolan ini boleh mencair dan mengeluarkan cecair berwarna putih.
Penjagaan Wajah Kamu
- Basuh tangan sekerap yang mungkin kerana pada tangan terdapat banyak kotoran dan bakteria. Pasti kamu tak mahu ia melekat pada muka kamu kan? Gunakan sabun lembut antibakteria.
- Elakkan daripada menyentuh atau menggaru muka kamu. Sekiranya kulit kamu sensitif, kekerapan menyentuh atau menggosok akan mengakibatkan penggelupasan pada permukaan kulit dan seterusnya jangkitan kulit.
- Basuh muka kamu dengan pencuci yang lembut. Jangan gunakan pencuci dengan skrub penggelupas atau manik-manik kecil bila kamu mempunyai akne. Ia boleh merengsa kulit.
- Elakkan mengguna sabun kasar yang wangi. Gunakan sabun yang hipoallergenik dan noncomodogenic. Ia selalunya ditulis pada pakej atau label. Ini bermakna produk itu diperbuat daripada bahan-bahan lembut dan tidak akan menyumbat pori muka kamu.
- Selalu basuh muka sebelum tidur. Cuci sebarang mekap dan berhati-hati menggunakan pencuci mekap yang kuat.
- Lembapkan kulit kamu dengan pelembap noncomedogenic yang ringan setiap kali selepas membasuh muka. Ia mengelakkan kulit kamu kering. Kulit yang kering lebih mudah untuk mendapat cela.
7 ulasan:
wah! boleh amalkan ni bila ada jerawat nanti :)
jgn lupa amalkan..
jerawat bnyk ni..leh lah cuba..kih kih kih
he3 org ckp kalau lelaki ada jerawat tkpe jgn ada jeragat... nice info tq.
harus bljr macam mana nak buat nie..
nice tip... :)
berguna petua ni...tetiba semalam ada tumbuh jerawat besar kat dagu..nak kata jerawat pemanis pun bukan..hehehe
jgn lupa buat bila korg ad jerawat ok..
Catat Ulasan