07 April 2011

Masalah kesihatan lelaki bermula usia 40 -an

 info dari KLINIK LELAKI- Mingguan Wanita





 
  Beberapa dekad yang lalu, kajian yang dilakukan menunjukkan jangka hayat seseorang manusia hanyalah setakat usia 45 tahun sahaja. Pada tahun 1950-an, 45 merupakan usia emas. Mereka yang mencecah 45 tahun dianggap terlalu tua. Oleh itu pada usia 50-an mereka disuruh bersara dan dianggap tidak lagi produktif.

   Kemajuan kesihatan yang pesat membolehkan jangka hayat meningkat ke usia 60-an. Pada tahun 1980-an dan terkini jangka hayat seseorang dijangka meningkat sehingga 90 tahun pula.Jelaslah bahawa kemajuan sains perubatan bukan sahaja membawa peningkatan dalam kualiti kesihatan malah ia turut meningkatkan jangka hayat. Kini, usia 40-an dianggap paling stabil bagi seseorang kerana pada usia sebegini seorang lelaki itu sudah matang dalam mengendalikan kehidupan dan mencapai tahap memberangsangkan dalam kerjaya.

   Malangnya apabila usia mencecah angka 40, seseorang itu dihadapkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Mengapakah pada usia yang sebegini kebanyakan lelaki mula didatangi gejala pelbagai penyakit?Masalah jantung, paru-paru, kolesterol, penyakit hati, kencing manis dan lain-lain lagi akan turut menyerang. Begitu juga kanser dan masalah prostatik bagi lelaki selain masalah dementia (hilang ingatan atau nyanyuk) dan atherosklerosis (penebalan arteri).

   Kualiti kehidupan turut merosot dengan tubuh badan mengecut dan lemah serta tulang yang rapuh. Apabila lemak berkumpul di sana-sini dan perut menjadi buncit maka pasti mengundang rasa kecewa kepada lelaki.Banyak kajian telah membuktikan bahawa prinsip mengurangkan berat badan dan mengawal daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifi k dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan.

   Anda perlu menyayangi diri dan mendengar bisikan hati nurani. Jika anda memberi tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan berasa gembira melalui hari -hari berdiet dengan penuh semangat dan dedikasi.Sebaliknya jika anda cuba memaksanya menjadi kurus, anda akan dibelenggu perasaan kecewa dan keletihan semata-mata. Untuk membakar lemak tubuh memerlukan bahan api iaitu hormon memecah lemak yang cukup. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. Hormon yang bertanggungjawab bagi penyimpanan lemak adalah hormon estrogen.

Paras Hormon Merosot

   Apabila usia meningkat makan paras hormon turut merosot. Hormon yang penting bagi lelaki ialah testosteron, DHEA dan juga hormon GH (growth hormone). Selain itu hormon tiroid (T3 dan T4) juga penting kerana ia membolehkan aktiviti metabolisme menjadi lancar. Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan sukar kurus meskipun mengamalkan diet yang ketat.

   Estrogen merupakan hormon yang banyak dihasilkan oleh lemak. Tidak kira lelaki atau wanita semuanya mempunyai hormon estrogen di dalam tubuh bagi aktiviti tubuh. Sedikit hormon estrogen adalah penting tetapi apabila sel lemak meningkat ia turut menghasilkan hormon yang tidak berkualiti (bad estrogen). Hormon jenis ini hanya akan bersifat mengumpul lemak sahaja. Ini bermakna lemak yang sedia ada akan memanggil lemak-lemak baru dan akhirnya kuantiti lemak menjadi banyak. Justeru hormon estrogen terdapat dengan banyak dalam tubuh. Kekurangan hormon lain membuatkan estrogen semakin banyak sehingga seseorang itu sukar untuk kurus semula.

   Pengambilan anti-estrogen adalah penting bagi memastikan lemak dapat dilepaskan. Setelah anti estrogen diberi barulah seorang lelaki dapat memecahkan lemak dengan efektif. Setiap senaman yang dilakukan akan berkesan dan perut mula menjadi kempis. Lelaki juga akan merasakan tenaganya meningkat, stamina bagi aktiviti berat menjadi lebih baik.

Tiada ulasan: