*Mesti ramai yang sebaya kunang-kunang atau lebih tua dari kunang-kunang masih ingat bila sebut penyanyi bernama siti Musliha. Tapi untuk adik-adik yang baru lahir tahun 1995 mesti tak kenal.Jom kita baca perkembangan terbaru Siti Musliha yang dah berumur 28 tahun sekarang. Gambar kat sebelah masa umur 11thn kot..
BANJIR air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995.
Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.
Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata.Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak ke Anugerah Juara Lagu 1995.
Tumpuan luar biasa terhadap Siti Musliha, anak sulung Mohd. Mustafa Manap dan Rohani Atan, yang dilahirkan kurang sempurna pada 10 Januari 1983 ini bermula apabila dia muncul di televisyen pada 1994.Simpati terhadapnya datang daripada semua pihak tanpa mengira latar belakang kedudukan, kaum dan agama.Pun begitu, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita. Rakyat Malaysia terutama para peminatnya tertanya-tanya mengenai perkembangannya.
SELEPAS 17 tahun menghilang, Siti Musliha yang kini berusia 28 tahun tampak ayu berbaju blaus hijau dan bertudung. |
Sumber: Utusan Online
2 ulasan:
x ade gbr siti musliha yang terbaru ke ?
rindu na dgr suare dye menyanyi lagi ...
:)
ada kan kat atas tu..berbaju blaus hijau dan bertudung...manis je..
Catat Ulasan