16 April 2011

Tarikh akhir hantar Borang BE 30 April ini


    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengingatkan pembayar cukai bahawa hanya tinggal 15 hari untuk penghantaran borang cukai Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE).Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslim dalam kenyataan hari ini berkata tarikh akhir mengemukakan borang BE bagi Tahun Taksiran 2010 ialah pada 30 April ini.


   Kegagalan mengemukakan borang ini adalah satu kesalahan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda minimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Justeru, LHDN menasihatkan semua pembayar cukai untuk mengemukakan borang itu dalam tempoh yang telah ditetapkan dan menggunakan perkhidmatan e-Filing kerana ia mudah, tepat dan selamat.


   Untuk keterangan lanjut, pembayar cukai boleh melayari laman web rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau menghubungi pusat khidmat pelanggan melalui talian 1-300-88-30


sumber: utusan online

Tiada ulasan: