09 April 2011

Telur Asli (dari ayam) VS Telur Tiruan (dari bahan kimia)

    


   Salam sejahtera semua. Entry kali ni nak cerita pasal telur. Telur pun nak glamor jugak hehe..sibuk diperkatakan sekarang ni ada telur tiruan. telur tiruan????maksudnya telur yang bukan dihasilkan oleh ayam. Maka, xboleh la jadi anak ayam yang cute macam kat atas tu ye...

telur dari cina



telur di malaysia: sebelah kanan telur palsu


   Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.Siasatan yang dijalankan oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati.



Antara ciri2 telut tiruan:-


  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Semasa telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

   Jadi, berhati-hatilah bila nak beli telur ayam di pasaran...Senang cerita carik je telur ayam yang korang nampak ayam yang bertelur ataupun masa beli tu tengok2 la kalau ada najis ayam tu...Telur betul la tu hehe..PASTIKAN sentiasa basuh dulu sebelum masak ok...

UPDATE:


Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperolehi di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.Kenyataan itu disahkan Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.Menurut beliau, persamaan 100 peratus kandungan protein telur ayam berkenaan, disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian DNA kelmarin.Tambah beliau, hasil ujian mendapati, protein kulit serta putih dan kuning telur terbabit adalah telur sebenar.Bagaimanapun, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan .Kimia terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya

2 ulasan:

Syaidatul Nur Liyana berkata...

aisehh...telur pun ade tiruan...mcm2 skrang nieyh...lepas nieyh tah ape pulak yg tiruan...haha XD

fazRina berkata...

byk benda tiruan skrg ni...org pun ad ....dlm botol hohoho..