17 April 2011

Wajah Rozita Che Wan Bernilai Setengah Juta????


   Kerana rupa parasnya yang cantik, ia telah memberi kelebihan buat pelakon jelita Rozita Che Wan, 38 apabila dibayar melebihi setengah juta sempena perlantikannya sebagai duta produk kecantikan Safi Rania Gold.

   Difahamkan Rozita menerima bayaran melebihi RM200,000 bersama insurans perlindungan diri bernilai RM300,000 sepanjang dua tahun menjadi duta Safi Rania Gold. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lebih terperinci mengenai angka berkenaan, "Sememangnya saya tak sangka apabila pihak Safi menawarkan saya dengan tawaran yang cukup lumayan. Biarlah saya sendiri yang tahu angka sebenar bayaran yang mereka berikan kepada saya.

"Bagaimanapun saya lebih teruja apabila mereka sudi melindungi saya dengan kadar perlindungan insuran yang sangat tinggi. Inilah pertama kali saya mendengar seseorang duta produk kecantikan dilindungi dengan insuran yang sebanyak itu dan saya merasakan sangat bertuah," kata Rozita Che Wan.Beliau ditemui anggun dengan persalinan tradisional emas rekaan Man Kajang selepas majlis perlantikan dan sidang media sempena perlantikannya sebagai duta Safi Rania Gold di Hotel Royal Chulan, di sini baru-baru ini.



   Rozita Che Wan berkata, ini adalah pertama kali beliau dilantik sebagai duta produk kecantikan, sekali gus membuatkan dirinya cukup teruja dengan pelbagai aktiviti serta agenda yang telah disusun buatnya.Jelasnya, selain terbabit secara langsung dengan penggambaran iklan TV untuk produk berkenaan dan penggambaran di majalah, khidmatnya juga diperlukan bagi menghadiri beberapa siri jelajah bertemu pengguna Safi Rania Gold di lokasi terpilih.

             
   Pelakon bertubuh cantik itu berkata, dia mula menggunakan produk berkenaan sejak sebulan yang lalu, namun dia sudah pun mengetahui kebaikannya menerusi ibunya yang merupakan pengguna setia produk berkenaan.Terang Rozita lagi, selain membantu melambatkan proses penuaan, dia cukup tertarik dengan pencuci wajah produk berkenaan yang dapat membersihkan wajah pada tahap maksimum terutama sekali bagi menghilangkan kesan solekan tebal selepas seharian menjalani penggambaran.

"Sejak ibu saya menggunakannya untuk menghilangkan jeragat di wajahnya, saya mula tertarik. Saya sukakan pencuci wajahnya, serum dan juga krim kecantikan malam. Wajah saya nampak cerah, garis halus semakin berkurangan dan jeragat juga telah berkurangan," katanya.


sumbermurai.com

2 ulasan:

ucu keyna berkata...

wow..
dahsyat

Ctwawa berkata...

rezeki masing-masing..mujur umur 38 masih laku