16 April 2011

Pelajar sakit perut terkejut disahkan mengandung

Macam-macam hal....Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah dekat Kuala Lipis, yang membuat pemeriksaan di hospital selepas mengadu mengalami sakit perut terkejut apabila dia disahkan mengandung.
                            
Tindakan mangsa berusia 15 tahun yang cuba menyembunyikan rahsia menjadi mangsa rogol teman lelakinya daripada pengetahuan keluarga akhirnya terbongkar selepas pemeriksaan yang dilakukan di Hospital Kuala Lipis (HKL)..Berikutan keadaan anaknya itu, ibu mangsa berusia 40 tahun yang terkejut dengan hasil pemeriksaan berkenaan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan yang mengesahkan menerima laporan berkenaan, berkata mangsa sering mengadu kepada ibunya mengenai kesakitan luar biasa yang dialaminya di bahagian perut menyebabkan wanita terbabit berasa curiga dan kemudian membawa anaknya ke HKL untuk menjalani rawatan. 

"Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan mangsa hamil sebelum pelajar terbabit mendedahkan dia dirogol teman lelakinya di sebuah taman perumahan di Kuala Lipis awal Februari lalu,Abdul Razak berkata, susulan laporan terbabit, gerakan memburu suspek yang berusia lingkungan 20-an dijalankan sebaik memperoleh gambarnya yang diberikan mangsa. 

"Suspek berjaya ditahan awal pagi semalam sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk membantu siasatan lanjut. 
"Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan berkenalan dengan suspek sejak kira-kira lima bulan lalu dan sering keluar bersama sebelum kejadian rogol terbabit berlaku," katanya. Beliau berkata, suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.


Tiada ulasan: