09 April 2011

Simbol misteri terjawab sudah-Kolony


    Ehem2...Nampak tak simbol berwarna oren kat atas 2....Entry sebelum ni Simbol misteri muncul di surat khabar dok tertanya-tanya simbol apa la agaknya tu ye...Ramai juga yang search internet untuk tahu apa dia simbol misteri berwarna oren ni.


   
   Simbol misteri ini telah pun didedahkan pada hari Jumaat (8/4/2011)


   Hahaha...gimik je 2.. Ianya kini diketahui bahawa simbol misteri tu merupakan salah satu promosi yang dilakukan oleh Celcom untuk suatu perkhidmatan baru mereka bernama Celcom kolony.

celcom kolony

  Daripada nama Kolony, Celcom telah memperkenalkan suatu perkhidmatan panggilan suara dan SMS yang murah untuk pengguna dalam sesuatu kelompok itu. Daripada video, gambar dan simbol misteri tersebut merupakan salah satu kaedah pemasaran baru daripada Celcom untuk memperkenalkan produk baru mereka ini. Nama domain Kolony.com.my turut sama telah didaftarkan bawah nama Celcom.

celcom kolony   Salah satu perbezaan terbesar plan ini ialah caj panggilan adalah dalam blok 10 min dan 5 min.Setiap panggilan suara ke nombor celcom hanya akan dicajkan 28 sen utk setiap 10 minit dan 28 sen untuk setiap 5 minit panggilan ke nombor2 lain(maxis,digi,etc)
Kadar sms pula ialah,1 sen ke nombor celcom dan 5 sen ke nombor-nombor lain.


celcom kolony

   Jika anda pelanggan Celcom Kolony, anda akan mendapat 10 koinz untuk setiap panggilan sehingga ke panggilan ke-5.Panggilan ke-6 dan seterusnya,anda akan mendapat 20 koinz untuk setiap panggilan.

Tiada ulasan: