18 April 2011

Ashraf Muslim tunang bakal doktor pada 23 April 2011 ini.

   
   Akhirnya teka-teki mengenai status pelakon kacak, Ashraf Muslim terjawab juga apabil pelakon siri Nurkasih tersebut mengesahkan sendiri bahawa dia bakal bertunang dengan seorang wanita yang juga bakal doktor pada 23 April 2011 ini.

   Namun begitu, Ashraf Muslim yang popular menerusi filem Aku Masih Dara ini masih belum bersedia untuk mendedahkan tentang siapakah buah hatinya itu sehinggalah tibanya majlis pertunangannya yang bakal diadakan di rumah perempuan yang terletak di sebelah Gombak.Apa yang pastinya, kata Ashraf Muslim selepas majlis pertunangan itu berlangsung pada pukul 10 pagi itu , dia juga akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari pada hari yang sama.

   "Saya tak bersedia lagi hendak mendedahkan siapa bakal tunang saya. Jika mahu mengenali selebihnya siapa tunang saya itu, jemputlah datang ke majlis pertunangan dan perasmian klinik saya nanti. Apa yang boleh saya beritahu dia berusia 24 tahun dan kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka,"

   Tambah Ashraf lagi, dia mengenali wanita itu sudah lebih setahun lalu dan sudah berhasrat untuk menyunting wanita tersebut pada bulan lalu."Apa yang boleh saya katakan, perkenalan kami bermula ketika bertemu di klinik saya kemudian kami terus berkawan rapat. Dia seorang yang bertudung, solehah, sedap mata memandang dan saya memang cukup selesa dengannya."Lagipun, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini," ujarnya.

   Dalam pada itu, menurut Ashraf, sejak sibuk dengan klinik dia sudah kurang berlakon dan akan berhenti berlakon untuk tahun ini."Memandangkan saya baru bukak secara rasmi klinik saya pada tahun ini, jadi saya mengambil keputusan untuk fokus dahulu dengan klinik saya pada tahun ini."Jika saya sambung berlakon pun saya akan cuba mengelak dari melakukan adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa menjayakan sesi fotografi. Jadi, saya juga akan cuba mengelak untuk bergambar berdua-duaan dengan wanita . Harap semua pihak meghormati keputusan saya," tambahnya lagi.

   Dalam perkembangan lain, Ashraf juga muncul di program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada setiap Jumaat, pukul 8 hingga 10 pagi. Ashraf akan mengendalikan sebuah slot yang memaparkan tentang cara perubatan Islam.


sumber:murai.com. 

2 ulasan:

NUR AYNIE berkata...

sye la tunang dier...hahah~~ *sejak bile plak aynie bakal doktor nie?? hahah~ berangan jappp

Ctwawa berkata...

pandai cari calon istri yer..