15 April 2011

Penyelia asrama dituduh bunuh murid

   Seorang penyelia asrama sekolah agama berhadapan dengan hukuman di tali gantung apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh murid Tahun satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee pada hujung bulan lalu.

   Hanif Mohd. Ali, 26, yang berasal dari Perak didakwa membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun itu di bilik warden Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Jejawi di sini antara pukul 6 petang dan 12 tengah malam, 31 Mac lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azman Abu Hassan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

   Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili oleh dua peguam, Mohd. Fikri Abd. Rahman dan Zulmi Sabri.Majistret Nurshahida Abd. Rahim menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan kes terhadap lelaki tersebut yang tidak ditawarkan sebarang ikat jamin
.

   Dalam kejadian tersebut, mangsa koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pada 3 April lalu selepas dikatakan dipukul oleh warden berkenaan ketika menyiasat satu kes curi di asrama sekolah itu.

   Baca juga entri berkaitan kejadian  Murid 7 tahun Jadi Mangsa Ustaz

Tiada ulasan: