25 April 2011

Buat gantian Mykad secara Online skrg...

 

    Assalamualaikum...salam sejahtera semua..ada sesape yg MyKad nye rosak/hilang x....adik beradik ke...mak ayah ke...sahabat handai ke...tapi malas atau tak sempat2 nak g Jabatan Pendaftaran Negara terdekat...Ni ada 1 berita baik..JPN dah lancarkan perkhidmatan dalam talian yg di panggil " Permohonan Gantian MyKad" secara Online.

1) WAKTU OPERASI
Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN adalah seperti berikut:
- Isnin hingga Jumaat mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
- Sabtu mulai 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
- Ahad mulai 8.00 pagi hingga 9.00 malam.

2) PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH:

2.1) Gantian Biasa :
Permohonan penggantian biasa adalah dihadkan kepada penggantian bagi menaiktaraf cip MyKad dari 32k kepada 64k.Tujuan penggantian ini adalah untuk memastikan cip MyKad pemohon mampu menyokong aplikasi-aplikasi baru yang ada cth: aplikasi yang direka cipta khas untuk agensi kerajaan seperti FAMA, DOSH, JPA dan juga DOF).

2.2) Penggantian Cip/ Kad Rosak
Permohonan ini melibatkan penggantian MyKad disebabkan oleh keadaan fizikal MyKad yang rosak atau masalah cip MyKad yang tidak dapat dibaca semasa proses pengesahan bagi urusan-urusan tertentu.

2.3) Penggantian Kehilangan

2.3.1) Permohonan bagi kes kehilangan hanya dihadkan kepada kehilangan yang tidak melebihi dari 4 kali.
Bayaran kompaun yang dikenakan adalah berdasarkan kepada amaun yang dikenakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.


Spoonge Bob pun ada Mykad?hehe....

   Untuk maklumat lanjut boleh klik Jabatan pendaftaran Negara untuk terus ke laman web JPN. Atau pun kalau nak terus buat pembaharuan MyKad secara Online jangan tunggu lagi..terus klik mykadganti ok. Jangan berlengah lagi...tak ada alasan lagi tak sempat nak buat ye....Mykad tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia. Kalau xda Mykad, apa beza korang semua dengan PATI (pendatang asing tanpa izin) hehe....

Tiada ulasan: