16 April 2011

Elak tumit kering, merekah

   ADAKAH kita menjaga kaki? Adakah kita sering memberi tekanan pada kaki lantaran gaya hidup yang sentiasa sibuk?
Tanpa disedari, kita sering mengabaikan salah satu bahagian penting tubuh iaitu kaki sehingga ada kalanya ia kering dan merekah.
 Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjaga kaki dan tumit. Antaranya adalah penggunaan salap seperti Rosken Skin Repair Feet & Heel Balm yang membantu untuk menangani masalah tumit yang kering dan merekah. Produk berkenaan antara lain diperkaya dengan kandungan vitamin E yang tinggi, dimethicone, minyak daun pudina dan allantoin yang boleh membantu untuk memelihara, memperbaiki serta melindungi kaki dan tumit daripada pecah, mengeras dan kering.

   
   Kesan penggunaan produk boleh dilihat selepas digunakan selama tiga hari manakala penggunaannya yang kerap membantu untuk mengurangkan retak.Ia turut membantu untuk mengembalikan kelembapan pada kulit serta menyejuk, 
menghalus dan melembutkan kulit. Dipercayai selama lebih daripada 30 tahun, produk terbabit terbukti membantu untuk menyembuhkan masalah kaki dan tumit yang merekah. Ada pelbagai pilihan rawatan untuk jenis kulit pengguna yang berbeza. Produk terbabit kini boleh didapati di farmasi terkemuka seluruh Malaysia pada harga RM23.90.

1 ulasan:

~Airieda~ berkata...

kita pun pakai yg nie..ok berkesan...