12 April 2011

Bunga Ada Manfaat Kesihatan

   H

Harumannya bunga bukan sahaja menenangkan jiwa, malah menceriakan hari-hari anda. Kehadirannya di kediaman memberikan nilai yang tersendiri pada sebuah dekorasi. Namun, tanpa disedari bunga juga mempunyai nilai kesihatan. Ia bukan hanya meredakan stres tetapi juga kaya dengan pelbagai unsur yang baik untuk kesihatan. Berikut antara manfaat yang boleh didapati hasil daripada terapi bunga :

1. Bunga Mawar

Bunga mawar sering digunakan sebagai bahan di dalam minuman untuk mereka yang menghidap penyakit iritasi usus, pundi hempedu dan masalah pada hati. Air mawar hasil daripada ekstrak bunga mawar juga mempunyai aroma yang boleh menenangkan hati. Penggunaannya di dalam mandian, ataupun sebagai haruman di dalam kediaman juga boleh merehatkan fikiran.

Bunga tahi ayam



2. Bunga Tahi Ayam

Jangan tidak percaya, bunga yang dikatakan busuk baunya ini ada khasiat khusus. Kelopak bunga tahi ayam dikatakan digunakan sebagai ubat pencuci mata yang amat bagus. Bunga ini juga turut digunakan sebagai salap untuk menyembuhkan luka dan goresan putih pada kulit kerana ia bersifat antiseptik.

Bunga Dandelion



3. Bunga Dandelion

Memang indah menikmati keindahan bunga berwarna putih ini. Bahagianya melihat ia berterbangan ditiup angin. Rahsianya, bunga ini sebenarnya dapat digunakan untuk mengubati anemia dan penyakit kuning serta boleh meneutralkan darah.

 Bunga Kamomil


4. Bunga Kamomil

Kamomil atau teh bunga membantu menyingkirkan gas atau angin pada usus, mengurangkan stres dan menyembuhkan kulit terbakar (kesan dedahan cahaya matahari) dan iritasi. Selain itu, boleh juga mengatasi sakit perut dan sakit otot.
Bunga kekwa




5. Bunga Kekwa

Bunga kekwa berguna untuk menghilangkan rasa sakit ketika menstruasi, sakit tekak dan tonsil. Jus yang dihasilkan daripada bunga ini boleh dijadikan ubat untuk demam. Anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan pada tubuh anda.
Bunga Matahari






6. Bunga Matahari

Warna kuning terang sering dikaitkan dengan matahari kerana kedua-duanya menceriakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, ekstrak bunga matahari sebenarnya boleh membantu meredakan sakit tekak.

Tiada ulasan: