27 April 2011

PEMILIHAN FABRIK MENJELANG MAJLIS PERKAHWINAN



Potongan baju sudah ada, tetapi masih ada yang kurang. Usah dilupakan fabrik yang sesuai dengan potongan baju yang anda inginkan. Silap pilih, banyak yang perlu diubah nanti. Rajin-rajin melayan internet atau banyak bertanya pada pakar untuk mengetahui banyak informasi mengenai fabrik. Mungkin tip di bawah dapat membantu.







Songket

Merupakan pilihan fabrik utama di dalam perkahwinan. Sinaran benang emas dan perak menyerlahkan kelebihan songket.Songket Terengganu terkenal dengan pembuatannya yang berkualiti. Untuk mengekalkan mutunya, songket perlu diletakkan di tempat kering.Songket sesuai digarap menjadi kebaya atau baju kurung pesak.Songket khasnya boleh dicuci dengan cucian kering. Jangan rendam songket kerana boleh mengubah tekstur dan merosakkan benang.Tenunan songket tempatan lebih kemas dan halus buatannya berbanding songket import.Susunan bunga songket terbahagi kepada tiga iaitu bunga tabor, bunga penuh dan bunga bercorak.Antara nama songket yang dikenali adalah tampuk manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan bunga cengkih.

Sutera

Sutera menjadi fabrik terbaik untuk membuat pakaian, terutamanya fabric sutera dari China.Pasangan mempelai biasanya lebih gemar memilih sutera dari jenis Thai dan Shangtung untuk majlis persandingan.Tambahan kain renda atau jahitan jemeki menjadikan sutera itu lebih menarik.Rekaan kebaya moden, baju kurung dan gaun sesuai menggunakan fabrik sutera.Elemen bunga dan corak abstrak dalam pelbagai warna akan nampak lebih ‘live’.Fabrik ini juga lebih lembut dan sejuk, memudahkan pergerakkan anda.Jangan lipat untuk disimpan. Sebaiknya, perlu digantung agar kualiti kain tidak rosak dan tahan lama.Broked China juga boleh dijadikan pilihan, nampak lebih menyerlah dengan potongan kebaya labuh klasik.

Sifon

Selain songket, sifon juga menjadi trend pilihan mempelai terutamanya untuk majlis akad nikah.Fabrik sifon menjadi gabungan bersama satin.Fabriknya ringan dan amat sensitif.Jika memilih sifon rona lembut, disarankan pelapik rona terang atau gelap. Biarkan kontra untuk menyelahkan corak dan penampilan anda.Pilih sifon georgette agar fabrik tampak ‘jatuh’.Sesuai untuk digarap menjadi kebaya pendek dan baju kurung moden.Letakkan di dalam sarung pakaian dan gantung.

Organza

Walaupun fabriknya keras, tetapi kelihatan eksotik dengan corak sulaman.Sesuai untuk anda yang tinggi dan ingin kelihatan anggun.Boleh direndam tetapi jangan terlalu lama. Jika fabrik dihiasi kilauan jemeki dan labuci, lebih sesuai untuk cucian kering.Tidak sesuai untuk mempelai bertubuh besar.Satin dan sutera perlu sebagai pelapik.Tidak menyerap peluh dan hanya sesuai digayakan pada majlis sebelah malam.

Renda

Fabrik jenis ini lebih mahal harganya kerana kualitinya yang baik.Fabrik terkenal di Perancis ini lebih halus dan eksklusif.Elakkan menggunakan fabrik renda untuk keseluruhan busana, untuk mengelakkan kelihatan sarat.Motif corak sulaman penuh dan jarang.Satin menjadi padanan terbaik kain renda.Putih susu dan putih asli menjadi pilihan mempelai untuk majlis akad nikah dan persandingan.Sesuai untuk rekaan baju kebaya, baju kurung dan gaun.

Tiada ulasan: