16 April 2011

Arie Wibowo meninggal

   POSTER Arie dan lagu popularnya, 'Singkong dan Keju'.
POSTER Arie dan lagu popularnya, 'Singkong dan Keju'.






   Penyanyi 80-an Indonesia yang terkenal dengan lagu 'Madu dan Racun' dan 'Singkong dan Keju', Arie Wibowo dilaporkan meninggal dunia kelmarin akibat serangan jantung pada usia 58 tahun. 

Berita kematian beliau disampaikan rakan baiknya, Leo Manurung yang bersamanya ketika saat akhir. Menurut Leo, Arie sedang bermain gitar apabila me rasa sakit di bahagian dadanya.


“Beliau memainkan lagu dengan gitarnya pada jam 9 malam waktu tempatan apabila mengalami kesukaran bernafas tetapi beliau berkata itu hanya masalah kecil,” kata Leo.Beliau kemudian dibawa ke Hospital Dharmais di barat Jakarta dan disahkan meninggal dunia kira-kira sejam selepas itu.





Semoga rohnya dicucuri rahmat.....amin..