JOM RAMAI2 KITA BERUBAH.... sesape nak join klik SINI ok....Cik MO ni bg hadiah best tau..nak tau apa hadiahnya?? Rajin2 baca cerita kat bawah sampai habis. Lps tu nampak la hadiahnya apa..hehe
____________________________________________________________________
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Hanya peribahasa itu yang aku rasakan amat sesuai untuk menggambarkan dan mengungkapkan perasaanku waktu itu. Pemergian arwah Ayah di saat kami amat memerlukannya memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan kami sekeluarga.
Mengimbau kembali waktu itu, aku hanya seorang anak sulung berusia 13 tahun daripada 4orang adik-beradik yang kesemuanya perempuan. Adik ku yang kedua berusia 10 tahun, yang ketiga 5 tahun manakala yang bongsu baru berusia 3 bulan. Ibuku terpaksa mengambil upah menoreh getah di beberapa tempat dan juga membuat kuih untuk menyara kami sekelurga dan juga nenek yang tinggal bersama kami.
Setiap hari aku terpaksa mengayuh basikal sejauh 8 kilometer untuk sampai ke sekolah. Hanya basikal itu yang kami ada. Aku terpaksa menempuh kesukaran apabila hujan turun semasa pergi atau pulang dari sekolah. Dikejar anjing sudah menjadi rutin harian ku apabila melalui kawasan perumahan orang cina. Namun aku gagahkan semangat dan aku cekalkan hati ini demi ilmu yang akan menjadi penjamin untuk mengubah masa depan aku dan keluargaku. Ya, aku ingin berubah agar aku dapat membahagiakan dan memberi kesenangan kepada ibu dan adik-beradik ku. Nenek juga banyak memberi semangat dengan kata-kata nasihatnya.
Setelah beberapa tahun, sekali lagi kehidupan kami di uji. Aku diterima masuk ke Universiti. Pada waktu itu, pinjaman pelajaran seperti PTPTN belum lagi disediakan dan tidak semudah sekarang untuk di pohon. Ibu bertungkus-lumus untuk mencari wang pendaftaran. Ibu cuba meminjam wang dari sudara-mara. Namun kata-kata nista yang kami perolehi. "Dah tau tak mampu, tak ada duit, buat apa nak sekolah tinggi! Menghabiskan duit je..esok2 ke dapur juga". " Elok kawin je, tak payah belajar lagi. nanti jadi anak dara tua".
Aku masih ingat kata-kata nista itu. Lantas kata-kata nista itulah yang menjadi pembakar semangat untukku membuktikan bahawa aku mampu mengubah nasib keluarga . Aku ingin berubah agar kami tidak di hina lagi kerana kekurangan kami. Aku ingin buktikan ilmu akan merubah nasib kami. Aku tidak menoleh kebelakang lagi. Aku belajar bersungguh-sungguh sambil bekerja 'part-time' demi meringankan beban Ibu. Akhirnya, aku bangga dengan segulung ijazah yang aku perolehi.
Aku masih ingat kata-kata nista itu. Lantas kata-kata nista itulah yang menjadi pembakar semangat untukku membuktikan bahawa aku mampu mengubah nasib keluarga . Aku ingin berubah agar kami tidak di hina lagi kerana kekurangan kami. Aku ingin buktikan ilmu akan merubah nasib kami. Aku tidak menoleh kebelakang lagi. Aku belajar bersungguh-sungguh sambil bekerja 'part-time' demi meringankan beban Ibu. Akhirnya, aku bangga dengan segulung ijazah yang aku perolehi.
Kini, aku telah merubah kehidupan kami sekeluarga dengan tekad "aku ingin berubah" yang aku pegang dahulu. Ibu tidak perlu bekerja lagi. Adik-adikku semuanya telah tamat belajar di Universiti dan berkerjaya. Begitu juga dengan adik bongsuku yang kini bergelar pendidik anak bangsa. Azam dan semangat yang kuat amat perlu jika kita semua ingin berubah. Hanya kita yang mampu mengubah nasib diri sendiri. Jangan jadikan kesusahan hidup sebagai penghalang untuk kita terus menuntut ilmu.
_______________________________________________________________________
Hadiah2 yang ditawarkan....
Dah nampak hadiah? Apa lagi ..JOM RAMAI2 KITA BERUBAH.... sesape nak join klik SINI....Support cik Muslimah Optimist kita sorang ni..
***UPDATE***
rombakan hadiah telah dibuat kerana pertambahan penaja untuk contest ini.
3 entry pilihan utama yang menepati kriteria pemilihan pemenang akan menerima
buku / novel + bookmark + Photo Puisi + header blog
HADIAH SAMPINGAN
7 header blog (x 7 pemenang)
5 Design (x 5 pemenang)
seorang boleh request satu design..
Terpulang sama ada nak design :
1) Header blog / Banner blog / Wallpaper / apa saja design..
Bookmarks (x 2 pemenang)
7 ulasan:
best nyer hadiahh~~
Alhamdulillah.. terbaek la kamu. dari kata nista membuka lebaran usaha gigih dan hasilnya ALLAH berikan kejayaan. Nadh suka dengan cara kamu. syukurlah, andai suma berfikir seperti kamu, pasti dunia akan lebih indah kan, teruskan menjadi inspirasi kepada yang ada disekeliling, susah bukan jawapan untuk mengalah, tapi pembukaan kepada gigih berusaha. nadh suka.. tahniah.. all the besh ya.. ;)
tq..semoga kisah ini menjadi iktibar untuk semua yg dl keadaan sama untuk bangkit merubah nasib diri..
wah...cerita yg mnrik...good luck :)
cerita jadikan pengajaran..
sakit hati kalo dengar kata2 nista tu kan.. alhamdulillah dah berjaya sekarang..
terima kasih sudi join..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO ya..tq
tak sabar tgu sape pemennangnya...
Catat Ulasan