Perbezaan ketara antara kulit lelaki dengan kulit perempuan ialah permukaan dan tahap pembukaan liang romanya. Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit perempuan. Malah proses seperti pengelupasan sering berlaku pada kulit lelaki. Proses skrub membantu jejaka untuk menghakis kulit mati pada wajah. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sel kulit mati yang terbiar akan menjadikan kulit kamu berjerawat. Selain itu, kamu juga boleh menggunakan cara tradisional sebagai cara yang lebih jimat. Caranya, hancurkan butiran beras pulut dan lumurkan pada wajah.
2. ELAK GUNA PRODUK WANITA
Produk penjagaan muka di pasaran kadang kala sering kali menampilkan beberapa rangkaian produk yang bersifat ''unisex''. Di mana boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan. Mungkin secara amnya, kamu akan lebih jimat kerana boleh berkongsi dengan ahli keluarga yang lain. Tetapi adakah kamu sedar bahawa penjagaan kulit lelaki berbeza dengan perempuan. Lelaki memerlukan bahan yang lebih kasar malah jika kamu menggunakan barangan penjagaan wajah wanita, tindak balas terhadap kulit wajah akan menjadikan kamu kelihatan lebih tua. Jadi belilah produk penjagaan yang bersesuaian untuk lelaki.
3. MASKER
Pelbagai langkah untuk kelihatan berseri. Membelai wajah dengan masker juga penting bagi memastikan kadar minyak di wajah dapat dikurangkan. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk memakai masker. Terlebih dahulu, bersihkan dan stim permukaan wajah selama 10 minit bertujuan untuk membuka liang roma dan juga menanggalkan kotoran di wajah. Setelah wajah dibersihkan, sapukan masker di wajah dan biarkan selama 10 minit. Kaedah sebegini juga tidak perlu dilakukan seharian malah cukup sekadar kamu amalkan sebulan sekali sahaja. Bagi lelaki, ringankan tulang untuk menyapu masker pada wajah kamu kerana kamu akan merasai kesegaran yang begitu menenangkan. Kepada si jejaka yang tercari-cari masker yang sesuai dengan kulit wajah kamu, carilah produk yang tidak mengandungi bahan kimia berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit kamu. Untuk cara tradisional pula adunkan putih telur dan tepung beras sehingga sebati. Kemudian sapukan rata di bahagian wajah.
3 ulasan:
nanti dah kawen nak wat facial kat encik suami hik3
bagus 2..
gud info! thanks! hihi
Catat Ulasan